faq lokasi aduan peta


MASJID BANDAR & JAJAHAN

MASJID SULTAN YAHYA PETRA

MASJID JAJAHAN : MASJID SULTAN YAHYA PETRA

SEJARAH PEMBINAAN

Masjid Sultan Yahya Petra merupakan sebuah Masjid Jajahan yang dibina pada tahun 1968. Majlis Peletakan Batu Asas bagi pembinaan masjid ini telah disempurnakan oleh YAB. Tun Abdul Razak bin Tun Hussein, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pembangunan dan Luar Bandar pada hari Ahad 26 Zulkaedah 1387H bersamaan 25 Februari 1968M.

Masjid Sultan Yahya Petra telah disempurnakan perasmiannya oleh KDYMM Sultan Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim, pada Khamis 22 Muharram 1389H bersamaan 10 April 1969M.

Pengurusan masjid dikendalikan oleh Jawatankuasa Induk Masjid yang dipengerusikan oleh YABrs. Tuan Ketua Jajahan. Selain daripada Jawatankuasa Induk tersebut, masjid yang sama juga mempunyai Jawatankuasa Kecil Pengimarahan yang dipengerusikan oleh YBrs Pegawai HalEhwal Islam merangkap Imam Tua Masjid Sultan Yahya Petra

Dalam usaha untuk meningkatkan pengurusan masjid agar lebih berkesan dan efektif, MAIK sentiasa berusaha memperkasakan kepimpinan masjid dengan melantik pegawai-pegawai kumpulan pengurusan demi untuk meningkatkan kemahiran pengurusan dan mutu pembangunan masjid.

  • MASJID SULTAN YAHYA PETRA
    Machang, Kelantan

  • Telefon : 09-9754150

  • Emel : mbkj_sultanyahyapetra[at]e-maik[dot]my

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1574
Kelmarin2950
Minggu Ini17971
Bulan Ini89345
Jumlah Pengunjung22973949

A- A A+