faq lokasi aduan peta


SYARAT SKIM BANTUAN

BANTUAN KEPADA PELAJAR SEKOLAH PONDOK DAN TAHFIZ

PENGENALAN :
Merupakan bantuan kepada pelajar-pelajar sekolah pondok dan tahfiz bagi membantu mereka mendalami ilmu agama di pondok-pondok / tahfiz negeri Kelantan

KATEGORI ASNAF : Fakir, miskin dan muallaf

SYARAT-SYARAT :
  • SYARAT AM :
    1. Beragama Islam
    2. Pemohon adalah rakyat negeri Kelantan yang menetap di negeri Kelantan dan sekiranya bukan rakyat negeri Kelantan, pemohon disyaratkan bermastautin di negeri Kelantan serta tidak menerima bantuan daripada pusat zakat negeri kelahiran / asal
    3. Menepati kaedah-kaedah penentuan asnaf fakir, miskin dan fisabilillah sebagaimana yang telah ditetapkan
  • SYARAT-SYARAT KHUSUS BANTUAN PENGAJIAN PONDOK:
    1. Merupakan bantuan bagi pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di sekolah pondok di negeri Kelantan
    2. Pemohon hendaklah berumur di antara 13 tahun ke atas (terhad kepada tempoh pengajian)
    3. Tiada tajaan dan bantuan daripada badan atau agensi yang berkaitan
    4. Pembelajaran adalah sepenuh masa
    5. Berdaftar dengan MAIK
  • SYARAT-SYARAT KHUSUS BANTUAN PENGAJIAN TAHFIZ:
    1. Berumur di antara 13 - 17 tahun ( peringkat menengah - terhad kepada tempoh pengajian)
    2. Prestasi pelajaran yang baik
    3. Tiada tajaan dan bantuan daripada badan atau agensi yang berkaitan
    4. Tidak mempunyai masalah disiplin
    5. Belajar di Maahad tahfiz kerajaan / swasta sebagaimana berikut :
      • Berdaftar dengan MAIK
      • Pembelajaran adalah sepenuh masa
      • Sukatan pelajaran menggabungkan sukatan tahfiz dan akademik
      • Minima bilangan pelajar adalah seramai 20 orang
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:
  • Salinan Kad Pengenalan / surat beranak pemohon, ibu bapa pemohon, adik beradik dan pasangan (sekiranya berkahwin)
  • Salinan surat pengesahan pengajian pondok / tahfiz
  • Salinan akaun Tabung Haji dan salah satu akaun bank berikut yang masih aktif ; Maybank / CIMB / Bank Islam / Bank Rakyat
  • Salinan sijil kematian, surat perakuan cerai pasangan / ibubapa / penjaga (jika berkaitan)
  • Salinan slip gaji / penyata pencen pasangan / ibubapa / penjaga sekiranya bekerja kerajaan / swasta atau pengesahan pendapatan sekiranya tiada slip gaji
KADAR BANTUAN:
  • Kadar bantuan pondok = RM2,500.00 (setahun)
  • Kadar bantuan tahfiz = RM2,500.00 (setahun)
* Kadar RM2,500.00 ini dibayar secara berperingkat iaitu 3 kali bayaran (tertakluk kepada perubahan semasa ; kelulusan mesyuarat / Timbalan Yang DiPertua / Pegawai yang diberi kuasa)
KAEDAH PERMOHONAN / PELAKSANAAN :
  • Permohonan boleh dibuat secara ”online” menerusi Portal Rasmi MAIK
  • Pemohon hendaklah memuat turun borang pengesahan maklumat pemohon untuk disahkan oleh imam masjid bandar / jajahan / mukim / penggawa (yang mana berkaitan).
  • Pemohon hendaklah memuat naik dokumen-dokumen berkaitan yang diperlukan ke dalam sistem e-agihan MAIK
  • Bantuan disalurkan kepada pelajar / pemohon
  • Sebarang permohonan yang tidak lengkap atau memberi keterangan palsu akan ditolak
CARA BAYARAN :
Pembayaran akan dibuat melalui Electronic Fund Transfer (EFT)

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini199
Kelmarin3091
Minggu Ini13646
Bulan Ini85020
Jumlah Pengunjung22969624