PENGENALAN :
- Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke Institut Pengajian Tinggi Tempatan (IPT)
- Merupakan bantuan yang diberikan secara “one-off” untuk melanjutkan pelajaran ke IPT tempatan di peringkat pengajian Asasi, Diploma dan Ijazah bagi pelajar semester satu sahaja
- Merupakan bantuan kepada golongan asnaf fakir, miskin dan fisabilillah yang berpendapatan Ketua Isi Rumah tidak melebihi RM3,500.00
- Sumbangan Melanjutkan Pelajaran Ke IPT- Fisabilillah
- Merupakan bantuan yang diberikan secara “one-off” untuk melanjutkan pelajaran ke IPT tempatan di peringkat pengajian Diploma dan Ijazah bagi pelajar semester satu sahaja
- Merupakan bantuan kepada golongan asnaf fisabilillah yang berpendapatan Ketua Isi Rumah di antara RM3,501.00 hingga RM10,000.00
KATEGORI ASNAF : Fakir, miskin dan muallaf
SYARAT-SYARAT:
- Beragama Islam
- Pemohon adalah rakyat negeri Kelantan yang menetap di negeri Kelantan dan sekiranya bukan rakyat negeri Kelantan, pemohon disyaratkan bermastautin di negeri Kelantan serta tidak menerima bantuan daripada pusat zakat negeri kelahiran / asal.
- Menepati kaedah-kaedah penentuan asnaf fakir dan miskin sebagaimana yang telah ditetapkan
- Bidang pengajian yang memberi manfaat dan tidak menyalahi hukum syara’
- Pembelajaran adalah sepenuh masa
- Tidak menerima tajaan / biasiswa / elaun sara hidup daripada mana-mana agensi
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:
- Salinan Kad Pengenalan / surat beranak pemohon, ibu bapa pemohon, adik beradik dan pasangan (sekiranya berkahwin)
- Salinan surat tawaran IPT
- Salinan akaun Tabung Haji dan salah satu akaun bank berikut yang masih aktif ; Maybank / CIMB / Bank Islam / Bank Rakyat
- Salinan sijil kematian, surat perakuan cerai pasangan / ibubapa / penjaga (jika berkaitan)
- Salinan slip gaji / penyata pencen pasangan / ibubapa / penjaga sekiranya bekerja kerajaan / swasta atau pengesahan pendapatan sekiranya tiada slip gaji.
KADAR BANTUAN:
- Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke Institut Pengajian Tinggi Tempatan (IPT)
(tertakluk kepada perubahan semasa ; kelulusan mesyuarat / Timbalan Yang DiPertua / Pegawai yang diberi kuasa)
* Perincian kadar bantuan sebagaimana Lampiran D - Sumbangan Melanjutkan Pelajaran Ke IPT- Fisabilillah
(tertakluk kepada perubahan semasa ; kelulusan mesyuarat / Timbalan Yang DiPertua / Pegawai yang diberi kuasa)
KAEDAH PERMOHONAN / PELAKSANAAN
- Permohonan boleh dibuat secara ”online” menerusi Portal Rasmi MAIK
- Pemohon hendaklah memuat turun borang pengesahan maklumat pemohon untuk disahkan oleh imam masjid bandar / jajahan / mukim / penggawa (yang mana berkaitan)
- Pemohon hendaklah memuat naik dokumen-dokumen berkaitan yang diperlukan ke dalam sistem e-agihan MAIK
- Bantuan disalurkan kepada pelajar / pemohon
- Sebarang permohonan yang tidak lengkap atau memberi keterangan palsu akan ditolak
- Permohonan bantuan ke IPT boleh dibuat sebelum tarikh pendaftaran dan selewat-lewatnya 2 bulan selepas tarikh pendaftaran ke IPT
- Tarikh hantar borang permohonan selewat-lewatnya satu bulan dari tarikh memohon
CARA BAYARAN:
Pembayaran dibuat melalui Electronic Fund Transfer (EFT)
Pembayaran dibuat melalui Electronic Fund Transfer (EFT)