faq lokasi aduan peta


SYARAT SKIM BANTUAN

BANTUAN RAWATAN PERUBATAN

PENGENALAN :
  1. BANTUAN RAWATAN PERUBATAN AM
    Merupakan bantuan yang diberikan secara “one-off” bagi menampung kosperbelanjaan rawatan perubatan seperti tambang ulang alik ke tempatrawatan, pembelian peralatan, kos perubatan, susu khas, lampin pakai buang dan lain-lain berkaitan
  2. BANTUAN RAWATAN PERUBATAN PROJEK KHAS (KANTA MATA & HEMODIALISIS)
    • Merupakan bantuan kanta mata yang diberikan kepada golongan asnaf yang mengalami masalah penglihatan di mana pertukaran manik mata diperlukan
    • Merupakan bantuan sepanjang hayat bagi kos rawatan dan ubatan pesakit buah pinggang yang menerima rawatan di pusat dialisis terpilih

KATEGORI ASNAF : Fakir, miskin dan muallaf

SYARAT-SYARAT:
  1. Beragama Islam.
  2. Pemohon adalah rakyat negeri Kelantan yang menetap di negeri Kelantan dan sekiranya bukan rakyat negeri Kelantan, pemohon disyaratkan bermastautin di negeri Kelantan tidak kurang dari setahun serta tidak menerima bantuan daripada pusat zakat negeri kelahiran / asal
  3. Menepati kaedah-kaedah penentuan asnaf fakir dan miskin sebagaimana yang telah ditetapkan
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:
  1. Salinan Kad Pengenalan / surat beranak pemohon, pasangan dan tanggungan
  2. Salinan akaun Tabung Haji dan salah satu akaun bank berikut yang masih aktif ; Maybank / CIMB / Bank Islam / Bank Rakyat
  3. Salinan sijil kematian, surat perakuan cerai pemohon dan pasangan (jika berkaitan)
  4. Salinan slip gaji / penyata pencen pemohon dan pasangan sekiranya bekerja kerajaan / swasta atau pengesahan pendapatan sekiranya tiada slip gaji
  5. Salinan surat pengesahan perubatan, laporan polis kes kemalangan, kebakaran, bencana alam, kematian, kecurian dan lain-lain (jika berkaitan).
  6. Dokumen tambahan seperti ; laporan sosio ekonomi daripada Jabatan / Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital, surat rujukan Pegawai Perubatan, sebutharga peralatan (sekiranya permohonan melalui Jabatan / Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital).
KADAR BANTUAN:
  1. BANTUAN RAWATAN PERUBATAN AM
    Kadar bantuan minimum RM1,000.00 sehingga maksimum RM5,000.00
    * Perincian kadar bantuan adalah sebagaimana Lampiran C
  2. BANTUAN RAWATAN PERUBATAN PROJEK KHAS (KANTA MATA & HEMODIALISIS)
    • Hemodialisis :
      1. Rawatan : RM90.00 / sesi (3 kali seminggu)
      2. Ubat :
          RM16.70 (HUSM)
          RM18.50 (NKF)
          RM22.00 (WAQAF AN NUR)
    • Kanta Mata : RM750.00
      (tertakluk kepada perubahan semasa ; kelulusan mesyuarat / Timbalan Yang DiPertua / Pegawai yang diberi kuasa)

KAEDAH PERMOHONAN / PELAKSANAAN
  1. Permohonan boleh dibuat secara ”online” menerusi Portal Rasmi MAIK.
    [Bantuan Rawatan Perubatan Am : Permohonan samada melalui individu atau Jabatan / Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital]
    [Bantuan Rawatan Perubatan Projek Khas (Kanta Mata & Hemodialisis) : Permohonan melalui Jabatan / Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital sahaja]
  2. Pemohon hendaklah memuat turun borang pengesahan maklumat pemohon untuk disahkan oleh imam masjid bandar / jajahan / mukim / penggawa (yang mana berkaitan)
  3. Pemohon hendaklah memuat naik dokumen-dokumen berkaitan yang diperlukan ke dalam sistem e-agihan MAIK
  4. Sebarang permohonan yang tidak lengkap atau memberi keterangan palsu akan ditolak
  5. Bantuan disalurkan kepada ketua isi rumah kecuali bagi kes-kes tertentu
  6. Bantuan rawatan dialisis dilaksanakan di 3 Pusat Hemodialisis iaitu National Kidney Foundation (NKF), Waqaf An Nur, dan HUSM
  7. Permohonan bantuan boleh dibuat dua kali setahun (Jan hingga Jun dan Julai hingga Disember)
CARA BAYARAN:
Pembayaran dibuat melalui Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon / wakil / Syarikat Pembekal / Pusat Dialisis

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1268
Kelmarin2950
Minggu Ini17665
Bulan Ini89039
Jumlah Pengunjung22973643