faq lokasi aduan peta


BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM PEMERKASAAN BAHASA ARAB DI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN (MAIK) TAHUN 2017

Pada 16-17 November 2017, Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK telah  menganjurkan Program Pemerkasaan Bahasa Arab khusus kepada pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK.

Program ini merupakan salah satu usaha untuk merealisasikan visi dan misi maahad ini ke arah pemantapan dan penguasaan bahasa arab yang berterusan di kalangan pelajar.

Diantara objektif program ini ialah mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar-pelajar dan kakitangan maahad tahfiz melalui aktiviti seumpama ini, memperkayakan perbendaharaan kata bahasa arab di kalangan pelajar, menanam minat para pelajar untuk mempelajari bahasa arab dengan mewujudkan suasana pembelajaran di luar bilik kuliah yang lebih santai dan menyeronokkan, meningkatkan tahap keyakinan diri pelajar untuk berkomunikasi dalam bahasa arab, sekaligus membudayakan percakapan dalam bahasa arab di kalangan pelajar dan kakitangan, mewujudkan persaingan yang sihat dalam memenangi sesuatu pertandingan melalui usaha yang bersungguh-sungguh dalam setiap aspek dan menyahut saranan kerajaan supaya melahirkan pelajar yang cergas dan cerdas kerana melibatkan diri dalam aktiviti yang berunsurkan kecergasan dan kesihatan.

Program ini adalah lebih berbentuk disiplin kesukanan. Kesemua 85 orang pelajar maahad telah mengikutinya dengan dibahagikan kepada 9 kumpulan yang bertanding. Setiap kumpulan wajib menghabiskan tugasan mereka di 10 checkpoint yang telah disediakan, terdiri daripada ujianberbentuk fizikal dan mental dengan mewajibkan penggunaan bahasa arab sepenuhnya.

 

 

Disediakan Oleh : Wan Mohd Riduan Bin Wan Abdullah

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1311
Kelmarin3328
Minggu Ini17791
Bulan Ini107965
Jumlah Pengunjung22992569