faq lokasi aduan peta


BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

LAWATAN KERJA MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN KE UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU)

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah mengadakan Lawatan Kerja ke Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) pada 18 Mei 2017 bertempat di MAMPU Cyberjaya Sepang, Selangor.

Seramai 20 orang ahli rombongan yang menyertai Lawatan Kerja ke MAMPU Cyberjaya. Rombongan diketuai oleh YABrs. Dr. Nik Mohd Azlan Bin Abd. Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK. Turut hadir sama ialah YBrs. Encik Rusydee Bin Abdullah, Setiausaha MAIK, YBrs. Encik Nik Jessim Bin Tan Sri Hashim, Ketua Pegawai Pembangunan MAIK dan AF. Ustaz Murtadha Bin Abdullah, Ketua Pegawai Agama.

Rombongan disambut oleh YBrs. Encik Abdul Latif Bin Ismail, Pengarah Bahagian Pembangunan Perkhidmatan Gunasama Infrastruktur dan Keselamatan ICT (MAMPU) bersama YBrs. Tuan Hamdan Bin Mohd @ Ghazani, Timbalan Pengarah serta YBrs. Puan Roslina Binti Yusuf iaitu Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT dan YBrs. Encik Abdul Kudus Bin Ibrahim, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Perkhidmatan Gunasama Infrastruktur Dan Keselamatan ICT.

Lawatan kerja tersebut bertujuan bagi mempelajari dan meningkatkan kemahiran pengurusan serta pembangunan Infrastruktur ICT jabatan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan dua hala antara Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dengan agensi tersebut. Rombangan MAIK juga dibawa melihat Data Center/Bilik Server Utama. Lawatan tersebut berlangsung dengan jayanya atas kerjasama kedua-dua belah pihak.

 

Disediakan Oleh : Nik Norazimah Binti Yaakub

 

flickr
www.flickr.com

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1851
Kelmarin3127
Minggu Ini19434
Bulan Ini10564
Jumlah Pengunjung24126015