faq lokasi aduan peta


BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU & MINGGU ORIENTASI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN SESI KEMASUKAN 2017/2020

Selasa, 2 Mei 2017 – Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK telah menjayakan Program Pendaftaran Pelajar Baharu & Minggu Orientasi Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK Sesi Kemasukan 2017/2020 bertempat di Dewan Utama Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra Panji.Seramai 36 orang pelajar baharu berjaya didaftarkan pada hari tersebut.

Matlamat adalah bertujuan untuk merealisasikan dan mengembangkan produk pengajian Tahfiz kepada Umum.

Antara Objektif program ini adalah :

  1. Mewujudkan hubungan baik antara pelajar dengan masyarakat;
  2. Memberi pendedahan sistem pengajian yang baharu;
  3. Memupuk perasaan cintakan kepada MTQ & MAIK dan menyemai semangat cemerlang untuk diri sendiri serta dapat merealisasikan MISI dan VISI MTQ

Antara VIP yang dijemput pada program ini adalah YABrs. Timbalan Yang Dipertua MAIK, YB. Sahibul Samahah Dato’ Mufti Negeri Kelantan, YB. Dato’ Aria D’Raja, Imam Besar, Ketua-Ketua Bahagian/Unit MAIK dan Kakitangan MAIK.

Disediakan Oleh : Yasman Bin Hashim

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2451
Kelmarin3127
Minggu Ini20034
Bulan Ini11164
Jumlah Pengunjung24126615