faq lokasi aduan peta


BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN BANTU KELUARGA DHAIF

YBrs. Pegawai Urusan Sumber  MAIK  menyerahkan sumbangan  kepada Puan Siti Hawa Kancil  di kampung Kedai Buluh, Kota Bharu  pada  27.11, 2017. 

Puan Siti Hawa bekerja mengambil upah mewarna batik dengan pendapatan RM130 seminggu. Suami pula tidak dapat bekerja kerana mengidap sakit kencing manis kronik sejak 2 tahun yang  lalu dan mendapat bantuan JKM sebanyak RM200.00 sebulan. Mereka mempunyai 6 orang anak yang berumur  di antara 5-20 tahun di mana 4 orang masih dalam tanggungan  . Mereka tinggal di rumah yang sangat dhaif  tanpa dikenakan apa-apa sewa oleh pemilik rumah tersebut.Tandas di rumah tersebut juga rosak dan mereka tidak mampu membaikinya. Kes ini mendapat liputan akhbar Sinar Harian bertarikh 23 November, 2017 dengan tajuk “RUMAH SENGET ISTANA KAMI”. 

Pihak MAIK yang diwakili oleh YBrs. Pegawai Urusan Sumber telah menyampaikan sumbangan wang tunai segera. Sumbangan yang diberikan diharap dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh keluarga ini.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Binti Daud

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2268
Kelmarin2728
Minggu Ini4996
Bulan Ini113997
Jumlah Pengunjung22998601