faq lokasi aduan peta


BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK MENYALURKAN SUMBANGAN KEPADA KELUARGA MANGSA LEMAS

Unit Agihan Zakat,  MAIK  bersama YABrs. Timbalan Yang Dipertua MAIK/Setiausaha MAIK telah menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa-mangsa  lemas pada musim banjir baru-baru ini, iaitu di Kampung Sungai Peria, Kuala Krai. Kampung Ijok, Batu 3, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu dan Kampung Aur Duri, Seberang Pasir Mas Salor, Kota Bharu. Sumbangan bantuan ini adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas tragedi yang menimpa keluarga mangsa-mangsa terbabit.

Mangsa pertama ialah seorang kanak-kanak berusia 6 tahun. Kejadian berlaku di Kampung Peria Baru Kuala Krai di mana kanak-kanak tersebut lemas selepas tergelincir di jambatan berhampiran rumah beliau pada 27 November, 2017 kira-kira jam 10.00 pagi dan dijumpai lebih kurang 6 jam kemudian.

Mangsa kedua ialah Mohamad Arif bin Mohd Nor, berumur 26 tahun dan belum berkahwin. Kejadian berlaku pada 30 November, 2017 lebih kurang jam 10.30  di Kampung Kenat, Pasir Mas ketika beliau dalam perjalanan ke tempat kerja di Pasar Raya Ceria, Tumpat. Kejadian berlaku apabila beliau tidak dapat meneruskan perjalanan kerana jalan dinaiki air di mana beliau cuba berpatah balik dengan memusing motor tetapi malangnya motosikal terjatuh ke dalam parit dan beliau dihanyutkan arus. Mangsa berasal dari Kampung Aur Duri, Seberang Pasir Mas, Salor, Kota Bharu.

Mangsa ketiga pula Muhammad Bazli bin Seriumi , berumur 16 tahun, pelajar Pusat Tahfiz  Asmaa Al-Ihklas, Kampung Pulau Raja,Tumpat lemas semasa terjun untuk mandi di kolam ikan terbiar berhampiran pusat tahfiz tersebut pada 30 November, 2017 lebih kurang jam 1.20 tengahari. Beliau berasal dari Kampung Ijok, Batu 3, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu.

Adalah diharapkan dengan sumbangan bantuan yang dilhulurkan ini, dapat meringankan sedikit bebanan dan kesedihan yang ditanggung oleh mereka yang ditimpa musibah dengan kehilangan orang-orang tersayang.

 

Disediakan Oleh : Shamun Binti Daud

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2701
Kelmarin2728
Minggu Ini5429
Bulan Ini114430
Jumlah Pengunjung22999034