faq lokasi aduan peta


BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS MENANDATANGANI MOU ANTARA PIHAK PENGURUSAN TERTINGGI MAIK DAN PIHAK SEGI COLLEGE

Pada hari Isnin, 22 Mei 2017, jam 10.00 pagi, satu majlis menandatangani MOU antara pihak Pengurusan Tertinggi MAIK dan SEGI College Subang Jaya telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Bangunan Pentadbiran MAIK.

Turut serta dalam majlis tersebut adalah YABrs. Timbalan Yang Dipertua MAIK, YBrs. Pegawai Undang-Undang MAIK, YBrs. Pegawai Tadbir (Pendidikan) MAIK dan 2 orang kakitangan Unit Pendidikan, MAIK. Seramai 3 orang telah hadir mewakili pihak kolej iaitu YABrs. Dr. Lisa Tan (Naib Presiden Kanan), YBrs. Puan Noor Hazlin Bt. Ismail (Penolong Pengurus) dan YBrs. Encik Muliadi Bin Masrom (Kaunselor Kanan Kursus).

Majlis dimulai dengan bacaan doa dan ucapan alu-aluan oleh YABrs. Timbalan Yang Dipertua MAIK. Terdapat beberapa intipati yang telah diselit dalam ucapan YABrs. Timbalan Yang Dipertua MAIK, antaranya ialah MAIK merupakan badan berkanun yang menjaga Agama Islam di negeri Kelantan. MAIK juga berperanan sebagai badan yang bertanggungjawab mengutip zakat, dan bertanggungjawab mengagihkan zakat kepada Asnaf Lapan.

Asnaf lapan tersebut ialah Fakir (al Fuqara) iaitu orang yang tiada harta pendapatan yang mencukupi untuknya dan keperluannya. Miskin (al-Masakin) iaitu mempunyai kemampuan usaha untuk mendapatkan keperluan hidupnya akan tetapi tidak mencukupi sepenuhnya. Amil, orang yang dilantik untuk memungut dan mengagih wang zakat. Muallaf, seseorang yang baru memeluk agama Islam. Riqab, seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri. Gharimin, penghutang muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan hutang yang diharuskan oleh syarak pada perkara asasi untuk diri dan tanggungjawab yang wajib ke atasnya. Fisabilillah, orang yang berjuang, berusaha dan melakukan aktiviti untuk menegakkan dan meninggikan agama Allah. Ibnus Sabil, musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negaranya yang mendatangkan pulangan yang baik kepada Islam dan umatnya atau orang Islam yang tiada perbekalan di jalanan.

Salah satu cara yang dilakukan oleh MAIK untuk membantu meningkatkan ekonomi umat Islam negeri Kelantan ialah melalui agihan zakat dalam bidang pendidikan. Majlis yang berlangsung selama 1 jam 15 minit tersebut telah menambah satu lagi kolej dalam program kerjasama antara kolej swasta dan Unit Pendidikan MAIK.

Disediakan Oleh : Siti Asmah binti Abdul Ghafar

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2385
Kelmarin3127
Minggu Ini19968
Bulan Ini11098
Jumlah Pengunjung24126549