faq lokasi aduan peta


BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PENYERAHAN CEK ZAKAT PERNIAGAAN BANK MUAMALAT BAGI TAHUN 2016 KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

14 Jun 2017 (Rabu) – Penyerahan Cek Zakat oleh Bank Muamalat kepada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah dilaksanakan pada 14 Jun 2017 jam 9.00 pagi bertempat di Tingkat 4, Bangunana Lama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Pada kali ini zakat perniagaan Bank Muamalat telah diserahkan sendiri oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Chief Executive Officer Bank Muamalat kepada YABrs. Dr. Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr. Nik Mohd Azlan bin Abdul Hadi dengan disaksi pegawai kanan kedua-dua belah pihak serta para wartawan.

Berdasarkan dokumen, pembayaran kepada pihak MAIK pada hari ini adalah bagi kali ke 16 dengan jumlah RM171,018.43. Majlis penerimaan cek diakhiri dengan bacaan doa oleh Pegawai Zakat MAIK, Ridhwan bin Abdul Rahman.

Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuf

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1337
Kelmarin3127
Minggu Ini18920
Bulan Ini10050
Jumlah Pengunjung24125501