MAJLIS PENYERAHAN CEK ZAKAT PERNIAGAAN GITN SDN BHD (GOVERNMENT INTEGRATED TELECOMUNICATION NETWORK) BAGI TAHUN 2016 KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
28 Disember 2017 (KHAMIS) – Satu Majlis Penyerahan Cek Zakat Perniagaan oleh GITN Sdn. Berhad bagi tahun 2017 kepada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah berlangsung pada 28 Disember 2017, jam 10.00 pagi bertempat di Tingkat 4, Bangunan Lama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
Penyerahan zakat perniagaan ini telah disampaikan oleh YBrs. Encik Mohd Kamal Ariffin bin Bunyamin kepada YBrs. Tuan Haji Rusydee bin Abdullah, Setiausaha MAIK dengan disaksikan pegawai-pegawai kanan kedua-dua belah pihak. Pembayaran zakat tahun ini merupakan bayaran bagi kali ke 4 dengan jumlah sebanyak RM93,333.33 bagi tahun 2017. Majlis penerimaan cek diakhiri dengan bacaan doa oleh Pegawai Zakat MAIK, Ridhwan bin Abdul Rahman.
Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuf