faq lokasi aduan peta


BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA JURURAWAT TERLANTAR

YABrs. Timbalan Yang Dipertua MAIK menyerahkan sumbangan kepada Rozita binti Aziz di Jalan Taman Krai, Kuala Krai, Kelantan, Kelantan pada 1.6.2017. Sumbangan ini sebagai tanda simpati di atas nasib yang menimpa beliau yang mengidap penyakit buah pinggang kronik, tiroid dan tulang rapuh.

Pesakit berumur 27 tahun mengalami masalah buah pinggang sejak tahun 2009 lagi. Beliau bekerja sebagai jururwat di Hospital Kuala Krai dan mula bercuti sejak tahun 2016 kerana keadaan kesihatan yang semakin merosot.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa beliau.

Disediakan Oleh : Shamun Binti Daud


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini312
Kelmarin3401
Minggu Ini14768
Bulan Ini5898
Jumlah Pengunjung24121349