faq lokasi aduan peta


BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA WARGA EMAS LUMPUH

YABrs. Timbalan Yang Dipertua MAIK menyerahkan sumbangan kepada Che Ku Meriam binti Che Ku Jusoh di Kampung Gong Kemudu, Pasir Puteh, Kelantan pada 1.6.2017. Sumbangan ini bagi meringankan beban warga emas ini yang lumpuh serta mengidap penyakit kulit dan gastik.

Beliau yang tinggal menumpang di rumah kakaka tidak pernah berkahwin dan kehidupan beliau diuruskan oleh anak saudara, Tuan Zahari bin Tuan Kecik yang juga merupakan OKU pembelajaran. Beliau tidur berbantalkan tin biskut kerana lebih selesa dan mudah untuk bernafas berbanding bantal biasa. Beliau memerlukan bantuan makan minum, lampin pakai buang dan ubat-ubatan untuk penyakit yang dihidapi.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa warga emas terbabit.

Disediakan Oleh : Shamun Binti Daud


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini682
Kelmarin3401
Minggu Ini15138
Bulan Ini6268
Jumlah Pengunjung24121719