faq lokasi aduan peta


BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA KELUARGA MANGSA LEMAS, DERAHMAN BIN MAT SULAIMAN

Pada 22 Januari, 2016, Unit Agihan Zakat, MAIK bersama YABrs. Timbalan Yang Dipertua MAIK telah menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa lemas Derahman bin Mat Sulaiman, berumur 63 tahun di Kampung Kubang Chenok, Tok Uban, Pasir Mas.

Kejadian berlaku pada 20 Januari, 2016 iaitu ketika mangsa pergi ke tempat kejadian bertujuan mengalihkan empat ekor kerbau peliharaan ke tempat yang lebih selamat ekoran paras air yang semakin naik. Mangsa mati lemas setelah terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam 2 meter di Parit Air Kampung Perupok, Tok Uban, Pasir Mas.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas tragedi yang menimpa keluarga mangsa terbabit.

 

 

Disediakan Oleh : Shamun Binti Daud

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1475
Kelmarin3328
Minggu Ini17955
Bulan Ini108129
Jumlah Pengunjung22992733