faq lokasi aduan peta


BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

TAKLIMAT PROGRAM PENGAJIAN ASNAF LEPASAN SPM, MAIK 2017 (DIPLOMA & SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA)

Pada 1 Februari 2017, Unit Pendidikan MAIK telah menganjurkan satu Taklimat bagi Program Pengajian Asnaf Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), MAIK 2017 (Diploma dan Sijil Kemahiran) di Dewan Tazkirah, Bangunan MAIK, jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.

Taklimat ini telah dihadiri 17 orang pelajar, dan melibatkan seorang pegawai dan 3 orang kakitangan dari pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan Malaysia (AADK), serta 6 orang urus setia. Tujuan taklimat ini diadakan adalah bagi memberi taklimat berkenaan Perjanjian Zamalah dan Surat Akuan Penerimaan Tajaan pelajar di bawah tajaan MAIK bagi meneruskan pengajian di peringkat Diploma dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di institusi-institusi swasta terpilih.

Disediakan Oleh : Siti Asmah binti Abdul Ghafar

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1823
Kelmarin3328
Minggu Ini18303
Bulan Ini108477
Jumlah Pengunjung22993081