faq lokasi aduan peta


BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA-MANGSA RUMAH TERBAKAR

Pada 20 dan 21 November, 2017, Unit Agihan Zakat,  MAIK  bersama YABrs. Timbalan Yang Dipertua MAIK telah menziarahi dan menyampaikan sumbangan sebagai tanda simpati kepada mangsa-mangsa kebakaran rumah iaitu di hadapan Masjid Nilam Puri, Jalan  Kuala Krai, Kota Bharu dan di Kampung Panji Kota Bharu.

Lawatan ke rumah mangsa kebakaran di Nilam Puri telah dibuat pada 20 November, 2017. Mangsa Ahmad Sabrey bin Che Hamat berumur 57 tahun bekerja sebagai Pegawai Imigresen. Kebakaran berlaku pada 19 November, 2017  lebih kurang jam 9.00 malam  berpunca daripada litar pintas. Kebakaran berlaku ketika ketiadaan penghuni menyebabkan keseluruhan rumah terbakar dengan kerugian dianggarkan sebanyak RM120,000.00.

Manakala pada 21 November, 2017 lawatan dibuat ke rumah mangsa kebakaran rumah di Lot 1336, Kampung Panji, Kota Bharu, Kelantan. Mangsa Mohd Ismail bin Musa  berumur  76 tahun bekerja sebagai peniaga kedai runcit secara kecil-kecilan. Kebakaran berlaku pada  20 November, 2017  lebih kurang jam 9.00 malam  berpunca daripada litar pintas. Semua penghuni dapat diselamatkan dan kerugian dianggarkan sebanyak RM150,000.00.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas tragedi yang menimpa keluarga mangsa terbabit.

 

Disediakan Oleh : Shamun Binti Daud

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini25
Kelmarin3319
Minggu Ini6072
Bulan Ini115073
Jumlah Pengunjung22999677