faq lokasi aduan peta


BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PORTAL RASMI MAIK MENERIMA PENARAFAN 5 BINTANG PROBE 2016

03 Disember 2017 - Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menerima Anugerah Portal/Laman Web ‘5 Bintang’ diatas pencapaian Penarafan 5 Bintang (5 Star Rating) berdasarkan Provider-Based Evalution (ProBE) oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) yang berlangsung di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Kota Bharu sempena Majlis Perasmian Penutup Karnival Sains Dan Teknologi Kelantan 1.0 anjuran Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Hanifa Ahmad iaitu Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya Insfrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat. Beliau turut menyampaikan Trofi, Sijil Penghargaan dan Wang Tunai kepada Yang Amat Berusaha Dr. Nik Mohd Azlan Abd Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK. Selain daripada MAIK, Yayasan Islam Kelantan (YIK) juga turut mendapat anugerah tersebut. Hanya 36 Agensi daripada 672 Laman Web Kerajaan yang beroleh 5 Bintang. MAIK dikategorikan di bawah agensi induk Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang pada tahun 2016 mempertandingkan sebanyak 41 agensi.

 

 Disediakan Oleh : Nik Nor Azimah Binti Che Yaakub

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2388
Kelmarin2728
Minggu Ini5116
Bulan Ini114117
Jumlah Pengunjung22998721