
YMM PEMANGKU RAJA KELANTAN MENYEMPURNAKAN MAJLIS PENGURNIAAN SUMBANGAN KEPADA PESAKIT DAN BADAN-BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) DI HRPZ II
MAIK selaku institusi agama yang bertanggungjawab dalam menguruskan agihan wang zakat telah melaksanakan pelbagai program bantuan kepada asnaf termasuklah program bantuan perubatan kepada pesakit dan bantuan pengurusan kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO).
Bagi memberi kefahaman kepada orang ramai dan pembayar-pembayar zakat mengenai program-program pengagihan zakat, MAIK dengan kerjasama Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Hospital HUSM telah mengadakan Majlis Pengurniaan Sumbangan Kepada Pesakit Dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) Di HRPZ II pada 5 Mac, 2018. Majlis ini merupakan cetusan idea Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan dan Baginda sendiri mengampuni perkenan berangkat untuk menyempurnakannya. Pada Majlis ini seramai 49 orang pesakit dan 7 Badan Bukan Kerajaan menerima kurniaan sumbangan daripada YMM Pemangku Raja Kelantan.
Disediakan Oleh : Shamun Daud
![]() |