faq lokasi aduan peta


BERITA 2021

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

CADANGAN PEMBINAAN PUSAT WAKAF KESIHATAN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN (MAIK) DI MACHANG

Yang Berhormat Mulia (YBM) Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua MAIK pada Ahad berkenan melawat tapak cadangan pembinaan Pusat Wakaf Kesihatan MAIK di Machang.Tapak seluas 0.2835 hektar berkenaan terletak di Lot 2453 Mukim Ulu Sat, Kampung Belukar, Machang.

MAIK akan memanfaatkan tapak cadangan berkenaan, bagi membina dan menyiapkan Pusat Wakaf MAIK (Pusat Sehenti Transformasi OKU, Hemodialisis dan Pusat Pemulihan dan Fisioterapi).

Turut sama melawat tapak berkenaan adalah, YABrs Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK, YBrs Encik Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK dan YBrs Encik Mohd Azman bin Ghazali, Ketua Pegawai Pembangunan MAIK serta Al-Fadhil Ustaz Ridhwan bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Baitulmal MAIK.

YBM Tengku Yang Dipertua MAIK turut berkenan mendengar taklimat ringkas berkaitan projek wakaf berkenaan daripada YABrs Encik Nik Mohd Hasanuddin bin Nik Hussain, Ketua Jajahan Machang.

Antara matlamat projek berkenaan adalah untuk membantu setiap golongan asnaf dan fakir dalam memperbaiki kualiti ekonomi hidup serta kesihatan.

Selain itu, ia diwujudkan bagi memberi nilai tambah dalam mempersiapkan golongan OKU untuk sumber tenaga manusia kepada negara dalam memperkasakan taraf ekonomi kumpulan istimewa tersebut termasuklah keluarganya.

Bagi yang ingin bersama dalam berwakaf, anda boleh melayari pautan di sediakan iaitu:

https://waqaf.e-maik.my/emandate/

Sebelum terlambat untuk melakukan amal jariah, marilah sama-sama berwakaf untuk melipatgandakan ganjaran pahala selagi mana kita diberikan peluang melaksanakan kebaikan di dunia untuk bekalan di akhirat nanti.

Disediakan Oleh : Rosmiza Binti Kasim

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1054
Kelmarin3094
Minggu Ini9812
Bulan Ini21098
Jumlah Pengunjung24136549