faq lokasi aduan peta


BERITA 2021

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PAKCIK MEMANG BERGANTUNG DENGAN DUIT ZAKAT MAIK...TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT

“Pokcik tok leh nak buat kijo doh. (Pak cik sudah tidak boleh bekerja). Pokcik ada nyakit leloh ngan tibi (Pak cik menghidap penyakit asma dan batuk kering).

“Pokcik memey (memang) bergantung dengan duit zakat MAIK,” luah pakcik Mustapa bin Nik Soh yang berusia 80 tahun dari Kampung Pantai Nik Him, Tumpat.

Mustapa merupakan penerima Bantuan Tetap Bulanan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sejak tahun 2010 lagi sehingga sekarang.

Perasaan itu diluahkan dengan nada yang sedikit sebak, mata pakcik Mustapa mula berkaca. Kami yang mendengar luahan pakcik Mustapa itu, menarik nafas penuh kesyukuran kerana MAIK dapat membantu insan seperti pakcik Mustapa.

Kami mendengarnya pun amat terharu, apatah lagi para pembayar zakat yang menginfakkan harta menerusi MAIK. Dengan wang zakat itulah dapat kami menggembirakan insan-insan memerlukan. Betapa bermaknanya wang zakat ini kepada para penerima. Hanya ALLAH SWT sahaja yang dapat membalasnya. Ganjaran pahala buat pembayar zakat.

Pakcik Mustapa memberitahu kami, yang dia tidak mempunyai sumber pendapatan lain untuk menyara perbelanjaan harian. Kalau dahulu dia masih mampu mengambil upah menjahit baju namun sekarang tidak lagi, dia menghidap penyakit asma dan batuk kering.

“Sebab itulah, pakcik minta bantuan zakat. Pakcik tak boleh kerja berat. Duit zakatlah yang bantu pakcik selama ini. Pakcik ni penerima zakat sejak daripada RM130 sebulan lagi, sampailah sekarang pakcik dapat RM400 sebulan,” katanya.

Ujarnya, dia tidak boleh mengharapkan anak-anak kerana ketiga anaknya sudah berkeluarga dan masing-masing mempunyai tanggungan hidup. Sebagai bapa pakcik Mustapa memahami tanggungjawab anak-anaknya.

Sebab itulah, pakcik Mustapa amat berterima kasih kepada MAIK terutamanya pembayar zakat.

“Terima kasih MAIK, terima kasih pembayar zakat kerana bantu pakcik,” luahnya.

Pada Selasa lalu, pakcik Mustapa menerima kurniaan Bantuan Tetap Bulanan MAIK berupa wang tunai daripada Yang Berhormat Mulia, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua MAIK bersama Yang Mulia, Tunku Puan Sri Dato’ Hajah Noor Hayati binti Tunku Abdul Rahman.

Selain kurniaan wang tunai, Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan bersama Yang Mulia Tengku Puan Temenggong Kelantan juga turut mengurniakan barangan keperluan dapur.

Majlis berkenaan turut dihadiri Yang Amat Berusaha, Tuan Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK dan Yang Berbahagia isteri; Yang Amat Berusaha Tuan Haji Rusydee bin Abdullah, Ketua Jajahan Tumpat dan Yang Berbahagia isteri, serta Yang Berusaha Encik Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK, bersama Yang Berbahagia isteri.

MAIK juga ada menyediakan bayaran zakat menerusi potongan gaji, Anda boleh klik di sini: https://www.e-maik.my/v2/pautan-eperkhidmatan/eptg

 

Disediakan Oleh : Rosmiza Binti Kasim

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini96
Kelmarin3328
Minggu Ini16576
Bulan Ini106750
Jumlah Pengunjung22991354