faq lokasi aduan peta


BERITA 2021

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

SERAMAI 166 PENDUDUK JAJAHAN KUALA KRAI TERIMA KURNIAAN BANTUAN PRIHATIN MAIK

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) hari ini menyampaikan Bantuan Prihatin MAIK kepada 166 penduduk di Kuala Krai yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Bantuan berupa wang tunai dan bekalan makanan dikurniakan oleh Yang Berhormat Mulia, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua MAIK bersama Yang Mulia, Tunku Puan Sri Dato’ Hajah Noor Hayati binti Tunku Abdul Rahman.

Penyerahan Bantuan Prihatin MAIK diteruskan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat negara yang masih berdepan dengan krisis pandemik COVID-19.

Majlis Pengurniaan Bantuan Prihatin MAIK jajahan Kuala Krai itu berlangsung di Masjid Bandar An-Nur, Guchil, Kuala Krai.

Majlis berkenaan turut dihadiri YM Tengku Ab Rahman bin Tuan Yunus, Ketua Jajahan Kuala Krai bersama Yang Berbahagia isteri, Yang Amat Berusaha, Tuan Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK dan Yang Berbahagia isteri; serta Yang Berusaha Encik Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK, bersama Yang Berbahagia isteri.

Turut bersama ialah, Al Fadhil Ustaz Armin Azahari bin Mamat, Imam Tua Masjid Bandar Kuala Krai.

MAIK mengharapkan dengan sumbangan daripada penyumbang dapat memberi sedikit kelegaan dan kesenangan kepada rakyat yang masih terkesan dengan COVID-19.

Dalam masa sama, MAIK juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembayar zakat dan penyumbang kerana dengan harta yang diinfakkan itu dapatlah menggembirakan insan yang memerlukan.

MAIK juga ada menyediakan bayaran zakat menerusi potongan gaji, Anda boleh klik di sini:

http://eptg.e-maik.my/

 

 

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini773
Kelmarin2950
Minggu Ini17170
Bulan Ini88544
Jumlah Pengunjung22973148