faq lokasi aduan peta


BERITA 2021

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN (MAIK) REALISASIKAN IMPIAN 16 KELUARGA MILIKI KEDIAMAN LEBIH SELESA

Alhamdulillah, berkat sumbangan pelbagai pihak dan juga pembayaran zakat, maka Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), dapat merealisasikan impian 16 keluarga di Jajahan Kuala Krai untuk memiliki kediaman sendiri yang lebih selesa.

Senyuman kegembiraan dan luahan kesyukuran daripada penerima Skim Bantuan Kediaman MAIK itu dapat didengari serta dirasai ketika Majlis Pengurniaan Bantuan Prihatin MAIK jajahan Kuala Krai yang berlangsung di Masjid Bandar An-Nur, Guchil, Kuala Krai hari ini.

Bersempena program tersebut kesemua 16 keluarga itu menerima replika kunci bersama wang tunai masing-masing yang dikurniakan oleh Yang Berhormat Mulia, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua MAIK bersama Yang Mulia, Tunku Puan Sri Dato’ Hajah Noor Hayati binti Tunku Abdul Rahman.

Majlis berkenaan turut dihadiri YM Tengku Ab Rahman bin Tuan Yunus, Ketua Jajahan Kuala Krai bersama Yang Berbahagia isteri, Yang Amat Berusaha, Tuan Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK dan Yang Berbahagia isteri; serta Yang Berusaha Encik Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK, bersama Yang Berbahagia isteri.

Turut bersama ialah, Al Fadhil Ustaz Armin Azahari bin Mamat, Imam Tua Masjid Bandar Kuala Krai.

Dikesempatan ini, MAIK juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembayar zakat dan penyumbang kerana dengan harta yang diinfakkan itu dapatlah insan-insan memerlukan ini hidup dengan lebih baik bersama ahli keluarga masing-masing.

Hanya ALLAH SWT yang dapat membalasnya. Semoga ALLAH SWT melipatgandakan rezeki dan melimpahkan keberkatan hidup para penyumbang serta pembayar zakat sekalian.

MAIK juga ada menyediakan bayaran zakat menerusi potongan gaji, Anda boleh klik di sini:

http://eptg.e-maik.my/

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2368
Kelmarin2451
Minggu Ini7205
Bulan Ini97379
Jumlah Pengunjung22981983