faq lokasi aduan peta


BERITA 2021

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

SISTEM SEMAKAN BANTUAN ASNAF (SSBA) JULANG MAIK SELAKU JOHAN AISAK 2021 KATEGORI ICT

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengungguli Anugerah Inovasi Sektor Awam Negeri Kelantan (AISAK) 2021, telah dinobatkan sebagai johan bagi kategori Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Pembangunan Sistem Semakan Bantuan Asnaf (SSBA), telah berjaya memberikan keyakinan kepada barisan juri yang bijaksana, sekaligus MAIK membawa pulang hadiah RM7,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil penghargaan.

Hadiah berkenaan disampaikan oleh YB Dato’ Kaya Setia, Dato’ Nazran bin Muhammad, Setiausaha Kerajaan Kelantan yang berlangsung hari ini di Dewan Teratai, Kota Darulnaim.

MAIK diwakili oleh YBrs Puan Marziati binti Yusoff, Pegawai Teknologi Maklumat MAIK, selaku Setiausaha Jawatankuasa Induk Pasukan Inovasi ICT MAIK, YBrs Encik Muhamad Firdaus bin Mat Rahim selaku Ketua Pembentangan, bersama YBrs Puan Nur Afiqah binti Hamidi, Pegawai Tadbir Agihan Zakat MAIK dan YBrs Puan Asma Mat Salleh, Penolong Pegawai Agihan Zakat MAIK.

Sistem berkenaan dibangunkan oleh MAIK bagi membolehkan NGO, badan kebajikan, orang awam, kenalan atau pemohon untuk membuat semakan dan membantu asnaf membuat semakan pemohonan serta memudahkan mereka mendapat informasi terkini berkaitan status permohonan lebih mudah, cepat dan tepat.

Ia sekali gus meningkatkan keberkesanan perkhidmatan kepada pelanggan dengan pilihan perkhidmatan atas talian selain memendekkan masa untuk membuat semakan bantuan asnaf kurang dari 5 minit.

Sistem ini dibangunkan dalam tempoh satu bulan tanpa melibatkan sebarang kos kerana dibangunkan secara in-house dan menggunakan peralatan sedia.

Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat. Semoga sistem ini akan terus memberikan manfaat terutamanya kepada asnaf-asnaf.

 

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini368
Kelmarin3078
Minggu Ini13520
Bulan Ini103694
Jumlah Pengunjung22988298