faq lokasi aduan peta


BERITA 2021

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

UMUR 19 TAHUN DAH BOLEH BAYAR ZAKAT RM350,000

Alhamdulillah. Pada Isnin lalu, dua kenalan baik telah hadir ke pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) untuk menunaikan kewajipan rukun Islam keempat bersama dengan kami.

Kedua-dua mereka iaitu, Puan Anes Ayuni binti Osman yang juga Founder Vitamilk. Di usia 19 tahun telah mengeluarkan zakat sebanyak RM350,000.

Sementara itu, mentor beliau Puan Nur Farhana binti Ismail, 30, yang merupakan Pengilang dari AnaZahra OEM Sdn Bhd juga telah membayar zakat sebanyak RM200,000 kepada MAIK.

Kedua-duanya telah menyerahkan zakat berkenaan kepada Al-Fadhil Ustaz Haji Ridhwan bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Baitulmal MAIK dan turut dihadiri Al-Fadhil Ustaz Ameer Azeezy bin Tuan Abdullah, Ketua Pegawai Zakat MAIK.

β€œπ‘¨π’π’π’‚π’‰ π’Žπ’†π’π’šπ’†π’Žπ’‘π’Šπ’•π’Œπ’‚π’ 𝒉𝒂𝒓𝒕𝒂 π’π’“π’‚π’π’ˆ π’šπ’‚π’π’ˆ π’•π’†π’“π’π’Šπ’ƒπ’‚π’• π’…π’†π’π’ˆπ’‚π’ π’“π’Šπ’ƒπ’‚, 𝒅𝒂𝒏 𝑨𝑳𝑳𝑨𝑯 𝑺𝑾𝑻 π’Žπ’†π’π’ˆπ’ˆπ’‚π’π’…π’‚π’Œπ’‚π’ π’“π’†π’›π’†π’Œπ’Š π’π’“π’‚π’π’ˆ π’šπ’‚π’π’ˆ π’ƒπ’†π’“π’”π’†π’…π’†π’Œπ’‚π’‰ 𝒅𝒂𝒏 π’ƒπ’†π’“π’›π’‚π’Œπ’‚π’•β€ (al-Baqarah:276)

Alhamdulillah, berdasarkan perkongsian ikhlas Anes Ayuni setelah menunaikan kewajipan dengan berzakat sebelum ini juga, dengan izin ALLAH SWT perniagaannya semakin berkembang maju.

Anes Ayuni juga sangat bersyukur kerana berkat berzakat inilah, ia sekaligus dapat membantu insan-insan yang memerlukan di seluruh Kelantan dan dalam masa sama perniagaannya terus mendapat keuntungan.

Begitu juga dengan Puan Nur Farhana, beliau dapat merasai perbezaan setelah menyucikan hartanya dengan berzakat. Betapa jiwanya tenang dan perniagaannya juga berjalan dengan lancar.

Di sebalik keterujaan mencari keuntungan dalam perniagaan, beliau juga turut menasihatkan kesemua Founder agar tidak melupakan kewajipan untuk berzakat. Di sebalik keuntungan perniagaan kita terselit rezeki insan-insan yang memerlukan.

"Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah pembalasan yang terbaik

kepada para pembayar zakat MAIK pada hari ini, khususnya kepada perniagaan Vitamilk dan AnaZahra OEM.

Sucikanlah dan berkatilah harta dan rezeki mereka, keluarga mereka, kurniakanlah keuntungan berganda kepada pekerjaan dan perniagaan mereka, serta amal dan ibadah mereka agar setiap daripada mereka beroleh kesenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan di dunia dan di akhirat nanti," Amin Ya Rabbal Alamin.

MAIK juga ada menyediakan bayaran zakat secara atas talian menerusi zakat.e-maik.my

Β 

Β 

Β 

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2294
Kelmarin3078
Minggu Ini15446
Bulan Ini105620
Jumlah Pengunjung22990224