faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KELENGKAPAN SEKOLAH ANAK ROSAK AKIBAT BANJIR: BERSYUKUR DAPAT WANG ZAKAT MAIK

Sepasang suami isteri yang juga mangsa banjir di Kampung Guntong, Kota Bharu bersyukur dan menarik nafas lega apabila menerima wang zakat berjumlah RM1,000 daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Aziz bin Mohd Nor, 46, yang bekerja sebagai buruh itu, runsing kerana kesemua barangan persekolahan dua anak sekolah rendah dan dua sekolah menengah tidak dapat diselamatkan berikutan rumahnya ditenggelami banjir hampir tiga meter.

Bapa enam anak itu memberitahu, dia sudah meletakkan di tempat yang tinggi namun paras banjir kali ini sangat luar biasa dan turut menyebabkan barangan dapur mereka rosak. Kesemua barangan rumah rosak dan kongsinya dia bersama isteri yang sarat mengandung enam bulan itu terus keluar dari kawasan rumah dengan enam lagi anaknya untuk menyelamatkan nyawa mereka.

Ketika lawatan ke rumahnya, abang Aziz juga kelihatan sedang menjemur buku-buku persekolahan anak-anaknya. Dia juga rungsing kerana seorang anaknya akan menduduki peperiksaan SPM tahun depan.

Abang Aziz menyambut kedatangan kami dengan senyuman meskipun dia diuji dengan dugaaan besar. Abang Aziz bersyukur kerana ketika berada dalam kesempitan sebegini, pihak MAIK tampil menghulurkan bantuan.

Wang zakat ini, katanya akan digunakan untuk membeli kelengkapan baharu persekolahan anak-anaknya dan juga persiapan awal menyambut anak ketujuhnya nanti.

Pada hari ini, Yang Berhormat Mulia, Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz juga Yang Dipertua MAIK bersama Yang Mulia Tunku Puan Sri Dato' Hajjah Noor Hayati binti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tengku Puan Temenggong meluangkan masa lebih satu jam bertanya khabar keluarga yang terjejas teruk akibat banjir Kampung Guntong, Kota Bharu.

Turut bersama menziarahi mangsa banjir ialah, Yang Amat Berusaha Haji Mohd Anis bin Hussein, Ketua Jajahan Kota Bharu bersama isteri dan Yang Amat Berusaha, Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK serta isteri.

MAIK ingin mengucapkan terima kasih kepada pembayar zakat kerana harta yang diinfakkan ini telah kami sampaikan untuk gembirakan mereka sedang berduka.

 flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini711
Kelmarin2603
Minggu Ini8151
Bulan Ini98325
Jumlah Pengunjung22982929

A- A A+