faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KELUARGA TERJEJAS TERUK AKIBAT BANJIR DI GUNTONG, KOTA BHARU TERIMA WANG ZAKAT MAIK

Selepas Tumpat dan Pasir Mas, misi bantuan mangsa banjir untuk hari ketiga bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) diteruskan dan kali ini tertumpu di jajahan Kota Bharu.

Pada 25 Disember 2022, Yang Berhormat Mulia, Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz juga Yang Dipertua MAIK bersama Yang Mulia Tunku Puan Sri Dato' Hajjah Noor Hayati binti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tengku Puan Temenggong meluangkan masa lebih satu jam bertanya khabar 5 keluarga yang terjejas teruk akibat banjir Kampung Guntong, Kota Bharu.

Setiap ketua isi rumah menerima sumbangan zakat berjumlah RM1,000 yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Mulia, Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz bersama Yang Mulia Tunku Puan Sri Dato' Hajjah Noor Hayati binti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tengku Puan Temenggong.

Turut bersama menziarahi mangsa banjir ialah, Yang Amat Berusaha Haji Mohd Anis bin Hussein, Ketua Jajahan Kota Bharu bersama isteri dan Yang Amat Berusaha, Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK serta isteri.

Penduduk di sini memaklumkan banjir tahun ini adalah pengalaman ngeri kedua buat mereka selepas kejadian bah kuning 2014 yang menenggelamkan keseluruhan rumah. Pada kali ini paras air di kawasan perumahan mereka hanya menampakkan bumbung rumah. Tidak sampai dua meter, hampir menyamai banjir besar 2014.

Harta benda penghuni di sini tidak dapat diselamatkan kerana paras air naik dengan sangat cepat bermula 18 Disember lalu. Boleh dikatakan kesemua pakaian dan barangan rumah rosak. Ketika lawatan juga, terdapat banyak longgokan baju dan barangan dapur yang masih berselut. Banyak barang yang dibuang.

Semoga bantuan zakat yang dihulurkan ini membantu menampung perbelanjaan buat kesemua mangsa banjir.

Terima kasih pembayar zakat, kerana wang andalah dapat kami melihat senyuman para penerima yang telah dilanda ujian ini. Betapa besarnya pahala para pembayar zakat.

#bayarzakathartaberkat

 flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2340
Kelmarin2950
Minggu Ini18737
Bulan Ini90111
Jumlah Pengunjung22974715

A- A A+