faq lokasi aduan peta


PENERBITAN PERCUMA

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

ARKIB INFO MAJALAH PENGASUH

Hubungi: Unit Penerbitan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Tel: 09-748 1512 / 017-974 3347 (En. Zaki)

Paparan:
Keterangan Kulit : Tokoh; Dato’ Dr. Haron bin Din (1940 – 2016)
Editor : Irfan Salleh (Peg. Penerbitan, MAIK)

Pengasuh keluaran kali ini dimulakan dengan artikel yang bertajuk “Tuan Guru Dato’ Dr. Haron bin Din” oleh Irfan Salleh. Penulisan artikel ini membincangkan mengenai latar belakang kehidupan serta jasa dan sumbangan beliau khususnya terhadap perkembangan agama Islam di Malaysia.

Selain itu, turut disiarkan artikel yang bertajuk “Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan: Fungsi dan Peranannya Mengikut Undang-Undang”, oleh Baharin Ilias, “Manhaj Rabbani: Tawaran Islam untuk Melahirkan Insan Berkualiti Bahagian Pertama”, oleh Profesor Emeritus Dato Zakaria Stapa, dan lain-lain artikel yang menarik lagi.

Semoga pembaca mendapat maklumat yang bermanfaat daripada artikel-artikel yang disiarkan pada kali ini.

Keterangan Kulit : Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra (1979-2010)
Editor : Irfan Salleh (Peg. Penerbitan, MAIK)

 

Pengasuh keluaran kali ini dimulakan dengan artikel yang bertajuk “Mendepani Isu Boikot Berdasarkan Pertimbangan Maslahah dan Mafsadah”, oleh Profesor Madya Dr. Mohd Anuar Ramli. Penulisan artikel ini membincangkan mengenai tindakan memboikot produk dan syarikat-syarikat yang menyumbang serta menyokong jenayah perang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin dengan mengambilkira pertimbangan Maslahah dan Mafsadah.

Selain itu, turut disiarkan artikel yang bertajuk “Memperingati Dato’ Dr. Abdul Hayie Abdul Shukor: Tokoh Ilmuan Hadis Malaysia” oleh Dr. Ibrahim Majdi, “Cabaran Faham Pascamodenisma terhadap Pegangan Akidah Ahli Sunnah Wa Al-Jamaah (Bahagian 4)” oleh Profesor Emeritus Dato’ Zakaria Stapa, “Harta sebagai ujian daripada Allah: tinjaun terhadap khusus pemikiran Hamka dalam tafsir Al-Azhar (Bahagian: 2)”, oleh Dr. Abdul Hafiz bin Hj. Abdullah, “Sultan Ismail Petra (1979-2010) oleh Baharin Ilias dan lain-lain artikel yang menarik lagi.

Semoga pembaca mendapat maklumat yang bermanfaat daripada artikel-artikel yang disiarkan pada kali ini.

Editor : Mohamad Irfan Salleh (Pegawai Penerbitan, MAIK)

Keterangan Kulit : Tokoh; Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi bin Hj. Abdul Majid (1945-2023)

Pengasuh keluaran kali ini dimulakan dengan artikel yang bertajuk “Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi bin Hj. Abdul Majid (1945-2023)” oleh  Mohamad Irfan Salleh. Penulisan artikel ini membincangkan mengenai latar belakang kehidupan serta jasa dan sumbangan beliau khususnya terhadap Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Selain itu, turut disiarkan artikel yang bertajuk “Konsep bedah siasat dan kepentingannya menurut kaca mata Islam dan perubatan” oleh Dr. Ahmad Mujahideen, “Cabaran Faham Pascamodenisma terhadap Pegangan Akidah Ahli Sunnah Wa Al-Jamaah (Bahagian 3)” oleh Profesor Emeritus Dato Zakaria Stapa, “Harta sebagai ujian daripada Allah: tinjaun terhadap khusus pemikiran Hamka dalam tafsir Al-Azhar”, oleh Dr. Abdul Hafiz bin Hj. Abdullah, dan lain-lain artikel yang menarik lagi.

Semoga pembaca mendapat maklumat yang bermanfaat daripada artikel-artikel yang disiarkan pada kali ini.

EDITOR : Mohamad Irfan Salleh (Pegawai Penerbitan, MAIK)

KETERANGAN KULIT : Lakaran Ilustrasi Wajah Said al-Nursi (1876-1960)

Pengasuh keluaran kali ini dimulakan dengan artikel yang bertajuk “Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK; Mengimbau Sejarah, Memeta Masa Hadapan”, oleh Dr. Haryati Hasan. Penulisan artikel ini membincangkan mengenai Perkembangan Sejarah Maahad Tahfiz al-Quran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dari tahun 1980 sehingga 2020.

Selain itu, turut disiarkan artikel yang bertajuk “Cabaran Faham Pascamodenisma terhadap Pegangan Akidah Ahli Sunnah Wa Al-Jamaah (Bahagian 2)”, oleh Professor Emeritus Dato’ Zakariya Stapa, “Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong (1840-1929)”, oleh Dr. Mohd Fadli Ghani, “Badi’uzzaman Said Nursi (1876-1960) dan Islam di Turki: Perjuangan dan Sumbangannya”, oleh Professor Madya Dr. Abdul Salam Mohamad Shukri, dan lain-lain artikel yang menarik lagi.

Semoga pembaca mendapat maklumat yang bermanfaat daripada artikel-artikel yang disiarkan pada kali ini.

Pengasuh keluaran kali ini julung kalinya memaparkan himpunan artikel dan penulisan daripada barisan warga Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Dimulakan dengan:

  1. Dato’ Perdana Menteri Paduka Raja – Baharin Ilias (Pegawai Adat Istiadat, MAIK).
  2. Ketokohan Shaykh Abdullah bin Bayyah; Ulama Besar Mauritania – Irfan Salleh (Pegawai Penerbitan, MAIK).
  3. Peranan Zakat MAIK dalam pendidikan Asnaf – Ameer Azeezy bin Tuan Abdullah (Ketua Pegawai Zakat, MAIK).
  4. Taqwa dalam berfatwa – Ahmad Hafiz Hafifi (Pegawai Penyelidik, MAIK).
  5. Cabaran Faham Pascamodenisme Terhadap Pegangan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah – Profesor Emeritus Dato’ Zakariya Stapa (Ahli Jawatankuasa Penerbitan dan Dokumentasi MAIK).
  6. Efficient Zakat Distribution: A Profile of Asnaf in Kelantan – Afnan Aizzat (Pegawai Data, MAIK).
  7. Sajak; Dakapan Malam – Dato’ A. Aziz Deraman (Ahli Jawatankuasa Adat Istiadat MAIK/Ahli Jawatankuasa Penerbitan dan Dokumentasi MAIK).

Turut terkandung, cerpen “Rindu Rumah Ramadan”, dan lain-lain artikel yang menarik lagi. Semoga pembaca mendapat maklumat yang bermanfaat daripada artikel-artikel yang disiarkan pada kali ini.

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini169
Kelmarin3294
Minggu Ini6231
Bulan Ini68405
Jumlah Pengunjung24577522

Pedoman Tartil Dalam Ilmu Tajwid