| Edisi Pertama |
: |
2025 |
| Penulis |
: |
Wan Abdul Fattah Wan Ismail |
| Jumlah Halaman |
: |
244 halaman |
| Harga |
: |
Naskhah Percuma (Dapatkan di Perpustakaan MAIK) |
| Size Buku |
: |
5.5 in x 8 in |
| ISBN |
: |
978-983-2391-79-1 |
Jalan ke Syurga: Panduan Ibadat Berterusan, bukan sekadar bacaan tetapi sebuah panduan praktikal untuk merancang kehidupan berlandaskan ibadah. Berbeza daripada buku panduan ibadat yang panjang lebar, buku ini disusun dalam bentuk jadual harian, mingguan dan tahunan bagi memudahkan pembaca memahami serta terus mengamalkan ibadah mengikut waktu dan keadaan.
Ditulis dengan pendekatan yang ringkas namun padat, buku poket ini amat sesuai bagi mereka yang ingin berhijrah ke arah kehidupan yang lebih bermakna, khususnya bagi yang telah bersara atau sedang mencari hala tuju dalam mengisi waktu dengan amal soleh. Setiap ibadah yang disarankan disertakan dengan dalil daripada Al-Quran dan hadith-hadith sahih serta hasan sebagai sandaran utama.
Dengan susunan yang sistematik, pembaca akan dibimbing untuk menyusun amalan harian dari pagi hingga ke tengah malam, lengkap dengan kaifiat pelaksanaan yang mudah difahami dan diaplikasikan. Melalui buku ini, diharapkan para pembaca dapat menyusun kehidupan berlandaskan ibadah, mengamalkannya secara berterusan, dan meraih keberkatan serta reda Allah dalam setiap langkah.