faq lokasi aduan peta


PENERBITAN PERCUMA

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

ARKIB INFO MAJALAH PENGASUH

Hubungi: Unit Penerbitan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Tel: 09-748 1512 / 017-974 3347 (En. Zaki)

Paparan:

Gambar Tuan Guru Haji Hasan bin Mat Saman (Pak Chu Hasan) menghiasi muka depan majalah Pengasuh kali ini. Ikuti kisah hidup tokoh ini dalam tulisan oleh Dr. Ahmad Mujahidin bin Haji Yusuf, Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Kelantan (KIAS). Turut disiarkan artikel bertajuk “Pemikiran Islam Kontemporari Dari Perspektif Dr Mohamad Kamil Ab Majid” oleh Dr Nawi@Mohd Nawi Ismail, “Terjemahan Tafsir al-Sa’di – Surah al-Fatihah” oleh Ustaz Mohd Roslan Abdul Ghani, “Implikasi Iman Terhadap Diri Seseorang Muslim: Tinjauan Pemikiran Hamka Dalam Tafsir al-Azhar” oleh Dr Abdul Hafiz bin Haji Abdullah, dan lain-lain artikel yang menarik lagi. Semoga pembaca mendapat maklumat yang bermanfaat daripada artikel-artikel yang disiarkan pada kali ini.

Pengasuh keluaran kali ini menampilkan dua orang tokoh pemikir Islam di peringkat dunia. Yang pertama ialah Ibnu Khaldun melalui pemikiran beliau tentang masyarakat. Tulisan berkenaan tokoh ini dicoretkan oleh saudara Dr Ibrahim Majdi Mohamad Kamil dalam kolum berbahasa Inggeris. Tokoh pemikir kedua yang dibincangkan pula ialah Sir Allamah Iqbal, penyair negara Pakistan. Tulisan oleh Prof. Madya Dr Abdul Salam Muhamad Shukri menyorot kembali sejarah awal kehidupan tokoh ini sehinggalah beliau meninggal dunia. Turut dimuatkan dalam Pengasuh kali ini ialah tentang sejarah perkembangan Pondok Aur Cina Pasir Mas, Kelantan, tulisan oleh saudara Wan Bahruddin al-Kutani. Juga disiarkan sejarah kehidupan seorang guru pondok di jajahan Tumpat iaitu Tok Guru Haji Che Mat Pasir Pekan Hilir, tulisan oleh Mohd Nor Hashri bin Junoh. Ikuti juga tulisan-tulisan yang lain lagi dalam Pengasuh keluaran kali ini. Semoga pembaca mendapat manfaat yang sebaik-baiknya.

Ikuti sejarah ringkas “Sekolah Menengah Ugama Arab al-Ulum Padang Embon Pasir Mas Kelantan” dalam keluaran kali. Tulisan oleh Ustaz Haji Kamaruddin bin Ibrahim menyorot kembali sejarah pembinaan sekolah ini sehinggalah perkembangannya pada hari. Turut disiarkan dalam Pengasuh keluaran kali ini ialah tulisan yang bertajuk “Nasakh dan Mansukh di dalam al-Qur’an” oleh Dr. Ahmad Mujahidin Haji Yusuf, “Wasiat Wajibah Menurut Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Kelantan 2009” oleh Dr. Mohd Khairi Kamaruddin, “Pengajian Pemikiran Islam Di Institut Pengajian Tinggi Di Malaysia: Satu Pengalaman Dari Segi Realiti, Cabaran dan Prospek Masa Depan” oleh Dr. Mohamad Kamil Haji Ab Majid, “Akidah dan Akhlak Islam Alat Perpaduan Umah” oleh Profesor Emeritus Dato’ Zakaria Stapa. Ikuti juga artikel-artikel lain yang menarik dalam majalah Pengasuh keluaran kali ini. Semoga pembaca mendapat manfaat yang sebaik-baiknya.

Tulisan oleh AF Ustaz Haji Abdul Kadir bin Mohamad yang bertajuk “Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK): Penubuhan dan Jasa-jasanya” memulakan Pengasuh keluaran kali ini. Tulisan ini menyorot kembali sejarah penubuhan MAIK 100 lebih yang lampau dan cuba menonjolkan jasa-jasanya yang begitu besar sepanjang tempoh tersebut. Turut disiarkan dalam Pengasuh keluaran kali ini ialah tulisan bertajuk “Syeikh Idris al-Marbawi: Penyusun Kamus al-Marbawi (Arab-Melayu)” oleh Nabihah binti Yusof, “Sistem Ejaan Jawi Za’ba” oleh Aifa binti Azman, “Banjir Besar di Kelantan: Satu Perspektif Sejarah” oleh Dr. Haryati Hasan dan Dr. Abu Hanifah Idris, dan lain-lain artikel yang menarik. Semoga pembaca mendapat manfaat yang sebaik-baiknya daripada Pengasuh keluaran kali ini.

Sambungan kisah tokoh ulama dalam keluaran yang lalu iaitu “Tuan Guru Haji Harun bin Awang (1898 – 1962)” diteruskan dalam Pengasuh keluaran ini. Kisah yang ditulis oleh Dr Abdul Salam bin Mohamad Shukri ini mengisahkan lagi beberapa perkara yang menarik tentang tokoh ini. Turut disiarkan tulisan bertajuk “Siri Serangan Ideologi Moden: Faktor Ancaman Terhadap Akidah Umat Islam” oleh Dr Mohd Nasrun bin Yaakob, “Menjadi Muslim Bererti Menjadi Melayu: Cabaran Cina Muslim Di Malaysia” oleh Ibrahim Majdi Mohamad Kamil, “Ulama dan Cabaran Semasa: Sorotan Pemikiran Hamka Di Dalam Tafsir al-Azhar” oleh Dr Abdul Hafiz bin Haji Abdullah, “Istishab Dalam Mazhab Syafi’e: Tinjauan Dalam Sektor Kewangan Islam di Malaysia” oleh Mohamad Nabil Mohamad Shukri dan lain-lain artikel yang menarik.

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini90
Kelmarin2749
Minggu Ini5355
Bulan Ini69304
Jumlah Pengunjung18606051

Pedoman Tartil Dalam Ilmu Tajwid