faq lokasi aduan peta


PENERBITAN PERCUMA

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

ARKIB INFO MAJALAH PENGASUH

Hubungi: Unit Penerbitan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Tel: 09-748 1512 / 017-974 3347 (En. Zaki)

Paparan:

Sambungan kisah tokoh ulama dalam keluaran yang lalu iaitu “Tuan Guru Haji Harun bin Awang (1898 – 1962)” diteruskan dalam Pengasuh keluaran ini. Kisah yang ditulis oleh Dr Abdul Salam bin Mohamad Shukri ini mengisahkan lagi beberapa perkara yang menarik tentang tokoh ini. Turut disiarkan tulisan bertajuk “Siri Serangan Ideologi Moden: Faktor Ancaman Terhadap Akidah Umat Islam” oleh Dr Mohd Nasrun bin Yaakob, “Menjadi Muslim Bererti Menjadi Melayu: Cabaran Cina Muslim Di Malaysia” oleh Ibrahim Majdi Mohamad Kamil, “Ulama dan Cabaran Semasa: Sorotan Pemikiran Hamka Di Dalam Tafsir al-Azhar” oleh Dr Abdul Hafiz bin Haji Abdullah, “Istishab Dalam Mazhab Syafi’e: Tinjauan Dalam Sektor Kewangan Islam di Malaysia” oleh Mohamad Nabil Mohamad Shukri dan lain-lain artikel yang menarik.

Pengasuh keluaran kali ini memaparkan kisah hidup seorang tokoh ulama di daerah Kadok, Kota Bharu Kelantan. Beliau ialah Tuan Guru Haji Harun bin Awang. Kisah tentang beliau ini dicoretkan oleh cucu beliau sendiri iaitu Prof. Madya Dr. Abdul Salam bin Mohamad Shukri, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Turut dimuatkan di dalam Pengasuh kali ini ialah tulisan oleh Ahmad Mujahidin bin Hj. Yusof yang bertajuk “Ajaran Sesat Hasan Anak Rimau”, dan tulisan oleh Mohd Nabil bin Mohamad Shukri yang bertajuk “al-Istishab Dalam Mazhab Syafi’e: Tinjauan Dalam Sektor Kewangan Islam di Malaysia”. Selain ini, disiarkan sambungan tulisan Mohd Saiba bin Yaakob yang bertajuk “Prinsip Maslahah Dalam Politik dan Perundangan Islam”. Ikuti juga tulisan-tulisan yang lain lagi. Semoga pembaca mendapat manfaat yang sebaik-baiknya.

Antara isu yang cuba dibincangkan oleh majalah Pengasuh kali ini ialah tentang pemilikan harta dan juga pengeluaran zakat. Untuk itu, disiarkan tulisan Dr. Abdul Hafiz bin Hj. Abdullah yang membincangkan tentang “Pemilikan Harta dari Sudut Pandangan HAMKA dalam Kitab Tafsir al-Azhar” serta tulisan oleh Ridhwan bin. Hj. Abdul Rahman, Pegawai Zakat MAIK yang mengulas tentang “Zakat Melalui Potongan Gaji: Implementasi Tangan Kanan Memberi Tidak Diketahui Tangan Kiri”. Pengasuh kali ini juga menyambung kembali kisah tokoh sejarawan Kelantan iaitu Abdullah bin Muhammad (Nakula), tulisan Dato’ A Aziz Deraman. Ikuti juga tulisan-tulisan yang lain lagi seperti “Pengukuhan Bidang Usuluddin dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini dan Akan Datang” oleh Dr. Mohamad Kamil bin Hj. Ab. Majid dan Ibrahim Majdi bin Mohamad Kamil, “Prinsip Maslahah dalam Politik dan Perundangan Islam” oleh Mohd. Saiba bin Yaakob, dan lain-lain. Semoga pembaca mendapat manfaat yang sebaik-baiknya daripada Pengasuh keluaran kali ini.

Pengasuh kali ini menampilkan artikel-artikel yang cukup menarik untuk ditatapi oleh pembaca. Memulakan Pengasuh kali ini ialah artikel bertajuk Biografi dan Ketokohan Abdullah bin Mohamad (Nakula) oleh Dato’ Haji Aziz Deraman. Diikuti pula oleh artikel yang bertajuk Pengukuhan Bidang Usuludin Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini Dan Akan Datang oleh Mohamad Kamil bin Haji Abdul Majid dan Ibrahim Majdi bin Mohamad Kamil. Turut dimuatkan petikan akhbar didalam negeri yang bertajuk Khabaran Bunuh Dalam Surau (Pengasuh  1946). Disiarkan juga artikel oleh Ibrahim Majdi bin Mohamad Kamil, dengan tajuk Gengsterism Dalam Kalangan Remaja Islam: Satu Masalah Yang Membimbangkan. Ikuti juga lain-lain artikel dan cerpen yang menarik. Semoga pembaca mendapat manfaat yang sebaik-baiknya daripada Pengasuh keluaran kali ini.

Pengasuh sekali lagi menempa satu episod yang sangat bersejarah apabila telah dianugerahkan dengan anugerah Citra Sahabat DBP 2018, bagi kategori media cetak oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur. Untuk itu Pengasuh kali ini merakamkan detik yang bersejarah tersebut sebagai tatapan para pembaca. Bagi mengisi Pengasuh keluaran kali ini juga dimuatkan artikel-artikel yang lain antaranya bertajuk Penulisan Tafsir Al-Quran Majalah Pengasuh (1953-2008) oleh Abdullah Aqil Faqihi bin Che Muhamad Rahim dan Mazlan bin Ibrahim, Laras Bahasa Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat oleh Samhani Ismail dan Muhamad Hasnan Daud,  Golongan Yahudi Dari Kacamata Islam oleh Ahmad Mujahidin bin Ahmad, puisi - Warkah Raja Haji Ali Kepada Umat Melayu :- Abham TR. Semoga pembaca mendapat manfaat yang sebaik-baiknya daripada Pengasuh kali ini.

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini308
Kelmarin2634
Minggu Ini10382
Bulan Ini100556
Jumlah Pengunjung22985160

Pedoman Tartil Dalam Ilmu Tajwid