faq lokasi aduan peta


PENERBITAN PERCUMA

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

ARKIB INFO MAJALAH PENGASUH

Hubungi: Unit Penerbitan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Tel: 09-748 1512 / 017-974 3347 (En. Zaki)

Paparan:

Memulakan Pengasuh kali ini ialah satu tulisan oleh Tok Kenali yang bertajuk “Kesukaan dan Kedukaan”. Tulisan ini adalah ulang siar daripada Pengasuh bilangan 16, tahun1337H/1919M. Turut dimuatkan dalam Pengasuh keluaran kali ini ialah artikel yang membincangkan “Gaya Penulisan Tafsir al-Qu’ran dalam Pengasuh Sekitar Tahun 1960-an” oleh Abdullah Aqil Faqihi B. Che Mohd Rahim dan Mazlan B. Ibrahim. Ikuti juga tulisan Dr Abdul Hafiz B. Hj. Abdullah yang bertajuk “Ijtihad dan Tajdid Menurut Pandangan Hamka dalam Tafsir al-Azhar”. Ikuti juga beberapa lagi artikel lain yang disiarkan dalam Pengasuh keluaran kali ini. Semoga pembaca mendapat manfaat yang sebaik-baiknya.

Gambar pendiri Madrasah al-Rahmaniyyah al-Diniyyah (Pondok Lubuk Tapah) menghiasi muka depan Pengasuh kali ini. Satu coretan ringkas tentang perjalanan kehidupan tokoh ini oleh Abdul Razak Mahmud memulakan siri tulisan Pengasuh kali ini. Turut dimuatkan berita kebakaran besar yang berlaku di Kuala Krai pada tahun 1922 yang disalin semula daripada Pengasuh bilangan 89. Lain-lain artikel yang disiarkan ialah Orientalisme dan Persepsi Tentang Akidah oleh Ahmad Mujahidin bin Haji Yusuf, Ideologi Moden: Sejarah Serangan Pemikiran Terhadap Umat Islam oleh Dr. Nasrun bin Yaakob, Tasawwuf dan Amalan Kesufian Menurut Ahlu Sunnah Wal Jamaah oleh Dato’ Zakaria Stapa, dan lain-lain lagi. Semoga pembaca mendapat manfaat yang sebaik-baiknya daripada Pengasuh keluaran ini.

Pengasuh kali ini cuba mengajak pembaca mengimbas kembali pesanan Tok Kenali yang pernah disiarkan dalam Pengasuh tahun 1918. Turut dimuatkan dalam Pengasuh kali ini ialah artikel berkenaan dengan sejarah pembinaan masjid As-Salaam, Mukim Bendang Kerian, Tumpat Kelantan. Artikel ini disediakan oleh Ahli-ahli Jawatankuasa Masjid tersebut. Lain-lain artikel menarik; Huraian Hadis al-Adab al-Mufrad, oleh Mohd. Roslan B. Abdul Ghani, Peranan MAIK dalam menangani masalah social di Kelantan (1916-1941), oleh Dr. Haryati Bt. Hasan, Ustaz Hj. Azhari B. Abdul Rahman, oleh Siti Zulfatihah Bt. Zahari, dan lain-lain lagi. Diharap pembaca mendapat manfaat yang sebaik-baiknya.

Coretan tentang perkembangan Unit Dakwah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan selama satu abad masihi hasil tulisan Al-Fadhil Ustaz Ridhuan B. Abd. Rahman, antara yang mengisi halaman Pengasuh kali ini. Turut dimuatkan kisah hidup tentang salah seorang tokoh ulama negeri Kelantan iaitu Tuan Haji Hasan Mentuan tulisan Abdul Razak Mahmud. Ikuti juga tulisan-tulisan yang lain lagi; Siri Serangan Ideologi Moden: Pluralisme tulisan Dr. Muhammad Nasrun B. Yaacob, Harta Pusaka Terbeku: Faktor Pemilik Harta, Sikap Waris dan Perundangan tulisan Mohd Khairi B. Kamaruddin, dan lain-lain. Semoga pembaca mendapat manfaat yang sebaik-baiknya.

Gambar Tok Guru Haji Hasan Lampung menghiasi muka depan majalah Pengasuh keluaran kali ini. Seorang tokoh yang telah mengharungi cabaran kehidupan yang sangat mencabar di tiga buah negeri yang berbeza. Ikuti pengalaman kehidupan beliau dalam artikel yang ditulis oleh 2 orang cucu beliau sendiri; Hj. Osman Jaffar dan Hj. Zainuddin Jaffar. Turut dimuatkan dalam Pengasuh kali ini ialah artikel bertajuk “Konsep Peminangan Dalam Islam” tulisan Ahmad Mujahideen bin Yusof, Pensyarah KIAS, “Salah Faham Terhadap Konsep Upah kepada Da’ie….”, tulisan Dr. Abdul Hafiz bin Haji Abdullah, “Konsep Ijtihad Jama’i: Suatu Pengenalan” tulisan Mohd Nor Hashri B. Junoh. Ikuti juga artikel-artikel lain lagi. Semoga pembaca mendapat manfaat yang sebaik-baiknya.

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1912
Kelmarin2950
Minggu Ini18309
Bulan Ini89683
Jumlah Pengunjung22974287

Pedoman Tartil Dalam Ilmu Tajwid