faq lokasi aduan peta


PENERBITAN PERCUMA

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

ARKIB INFO MAJALAH PENGASUH

Hubungi: Unit Penerbitan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Tel: 09-748 1512 / 017-974 3347 (En. Zaki)

Paparan:

Pengasuh kali ini dimulakan dengan artikel berkaitan dengan isu sosial akidah yang berlaku di negeri Kelantan sebelum perang dunia kedua. Artikel tulisan Dr. Haryati Bt. Hasan meneliti permasalahan ini secara akademik. Turut dimuatkan kali ini artikel berkaitan dengan fahaman Liberalisme yang dicetuskan oleh John Locke. Artikel tulisan Dr. Nasrun B. Yaakob membongkar penyelewengan fahaman ini. Ikuti juga tulisan-tulisan yang lain lagi di dalam Pengasuh keluaran kali ini. Semoga pembaca mendapat manfaat yang sebaik-baiknya.

Gambar peserta program ziarah orang asli di perkampungan orang asli Kg. Redip dan Kg. Galang, Pos Hau Gua Musang menghiasi muka depan majalah Pengasuh kali ini. Program bermisikan dakwah bil hal kepada masyarakat orang asli diharap dapat memberi input yang sebaiknya kepada mereka yang belum lagi menerima agama Islam. Satu coretan tentang gambaran dakwah bil hal ini oleh Mohd Nor Hashri b. Junoh memulakan siri artikel Pengasuh kali ini. Turut dimuatkan artikel bertajuk “Cabaran Pendakwah” oleh Ustaz Wan Bahruddin al-Kelantani, “Cabaran dan Realiti dakwah menurut pandangan Hamka dalam tafsir al-Azhar” oleh Dr. Abdul Hafiz B. Hj. Abdullah, dan lain-lain lagi. Semoga pembaca mendapat manfaat yang sebaik-baiknya.

Tiga rangkap puisi karya Imam al-Syafie disiarkan buat tatapan para penuntut ilmu. Puisi yang boleh menjadi perangsang kepada para penuntut ilmu agar dapat menempuh segala kejerihan dalam berguru. Disiarkan juga artikel yang bertajuk “Apakah yang telah diseludup oleh Syiah ke dalam Sejarah Islam” tulisan Syaikh Salih bin Abdullah al-Muhaisin terjemahan Mohd Hanif Awang Yahya, “Sejarah Perkembangan Majalah Pengasuh” oleh Dr. Faisal B. Abdul Hamid, “Analisis Laporan MAIK Mengenai Ajaran Sesat Sebelum Perang Dunia Kedua” tulisan Dr. Haryati Binti Hasan pensyarah UPSI, “Konsep Pernikahan dan Hikmahnya Menurut Perspektif Islam” oleh Ustaz Ahmad Mujahidin B. Hj. Yusuf, pensyarah KIAS Nilam Puri, dan lain-lain lagi. Semoga pembaca mendapat manfaat yang sebaik-baiknya dari majalah Pengasuh keluaran kali ini.

“Pengasuh kali ini mencatat sejarah yang tersendiri apabila mencapai usia satu abad hijriah (1 Syawal 1336-1 Syawal 1436). Disiarkan dalam Pengasuh keluaran kali ini beberapa artikel yang mendekatkan lagi para pembaca dengan Pengasuh, antaranya “Seruan oleh Muhammad Yusof Kenali”, “Majalah Pengasuh Genap Usia 100 Tahun Hijriah oleh Mohd Nor Hashri b. Junoh”, “Sejarah Perkembangan Majalah Pengasuh oleh Dr. Ahmad Faisal Abdul Hamid”, “Majalah Pengasuh-Cerita Masa Lepas, Realiti Masa Kini dan Prospek Masa Depan oleh Prof. Emeritus Dato’ Mahmud Zuhdi b. Hj. Abdul Majid” dan lain-lain lagi. Ikuti juga beberapa tulisan yang lain lagi. Semoga pembaca mendapat manfaat yang sebaik-baiknya”.

Memulakan Pengasuh kali ini ialah satu coretan buat para pendidik nukilan Ustaz Wan Bahruddin b. Wan Mamat. Coretan yang mengajak para pembaca merenung jauh segala penat lelah para mendidik dalam menggalas tanggungjawab mereka. Melalui tulisan Dr. Mohamad Kamil b. Hj Abdul Majid pula: “Niat dan Ikhlas Asas Kerohanian: Tinjauan dari perspektif al-Qaradawi”, Pengasuh cuba mengajak pembaca memahami persoalan ini dengan sebaiknya. Turut dimuatkan perbincangan tentang “Had Fardu Menyapu Kepala Ketika Berwuduk: Satu tinjauan Perbandingan Mazhab” oleh Mohd Nor Hashri B. Junoh, “Kaedah Pembahagian Pusaka di kalangan Waris,” tulisan En. Mohd Khairy bin Kamaruddin, Pensyarah Universiti Malaysia Kelantan dan lain-lain lagi. Semoga pembaca mendapat manfaat yang sebaik-baiknya.

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini961
Kelmarin2950
Minggu Ini17358
Bulan Ini88732
Jumlah Pengunjung22973336

Pedoman Tartil Dalam Ilmu Tajwid