faq lokasi aduan peta


PENERBITAN PERCUMA

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

ARKIB INFO MAJALAH PENGASUH

Hubungi: Unit Penerbitan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Tel: 09-748 1512 / 017-974 3347 (En. Zaki)

Paparan:

“Pengasuh kali ini dimulai dengan artikel huraian hadis pilihan yang ditulis oleh Dr. Nik Yusri b. Musa, pensyarah Universiti Malaysia Kelantan. Artikel menghuraikan hadis Nabi s.a.w. yang berkaitan tentang fitrah Islam yang ada pada setiap bayi yang dilahirkan. Menyusuli pula, artikel bertajuk “Pengurusan Krisis dari Perspektif Islam”, yang ditulis oleh Mohd Nizam b. Abd. Ghani, Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan. Ikuti tulisan-tulisan lain lagi yang menarik dalam Pengasuh keluaran kali ini.”

“Untuk mengetahui sejauh mana sukan seni silat bertepatan dengan ajaran Islam, ikuti tulisan saudara Ustaz Wan Baharudin b. Wan Mamat dalam Pengasuh keluaran kali ini. Tidak ketinggalan juga artikel berkenaan dengan pembinaan yang melampau di tanah perkuburan yang ditulis oleh Ustaz Ridhwan B. Abd Rahman. Ikuti juga beberapa artikel menarik yang lain”.

“Kali ini, Pengasuh 632 ingin mengajak pembaca mengenali tokoh Hijrat al-Rasul 1435H peringkat negeri Kelantan; al-Fadhil Ustaz Mohamad bin Mahmud, dengan lebih dekat lagi. Ikuti secebis gambaran perjalanan hidup beliau yang dicoretkan oleh saudara Zaidi Bin Hasan. Ikuti juga artikel menarik yang lain seperti “Hubungan Salaf dan Khalaf dalam membicarakan nas-nas mutasyabihat” tulisan Mohd Saiba bin Yaakub, dan lain-lain lagi.”

“Pengasuh kali ini dimulakan dengan ucaptama Sahibus Samahah Dato’ Mufti Negeri Kelantan yang bertajuk Fiqh al-Taghyiir: Satu Coretan Ringkas. Ucaptama yang berkait dengan keperluan para pendakwah memahami konsep amar makruf dan nahi mungkar dengan sebaiknya. Ikuti juga tulisan-tulisan lain seperti ‘Ilmu Kerohanian atau Persilatan Kebatinan dari kaca mata Islam’ tulisan Ustaz Wan Baharuddin Wan Mamat, Sudut Pandang al-Imam Syaikh Yusuf al-Qaradawi dan lain-lain lagi.”

“Pengasuh mengucapkan setingi-tinggi tahniah kepada Editor Tamu MAIK; Ustaz Mohamad Mahmud di atas penganugerahan tokoh Hijrat ar-Rasul 1435H bagi negeri Kelantan. Semoga al-Fadhil Ustaz terus menyumbang bakti untuk majalah Pengasuh”.

“Menjawab tohmahan musuh-musuh Islam terhadap peribadi Rasulullah s.a.w. yang mulia, khususnya terhadap poligami Rasulullah s.a.w. Ikuti jawapan yang dikemukakan oleh asy-Syaikh Muhammad Ali as-Sabuni yang telah dialih bahasa oleh Abu Firdaus. Ikuti juga artikel lain yang menarik dalam Pengasuh keluaran kali ini.”

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini571
Kelmarin3078
Minggu Ini13723
Bulan Ini103897
Jumlah Pengunjung22988501

Pedoman Tartil Dalam Ilmu Tajwid