faq lokasi aduan peta


PENERBITAN PERCUMA

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

ARKIB INFO MAJALAH PENGASUH

Hubungi: Unit Penerbitan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Tel: 09-748 1512 / 017-974 3347 (En. Zaki)

Paparan:

Pengasuh keluaran kali ini dimulakan dengan artikel yang bertajuk “Ketokohan Ibnu Sina dan pengaruhnya terhadap masyarakat di Malaysia”, oleh Ibrahim Majdi bin Muhammad Kamil. Selain artikel ini, disiarkan juga artikel yang bertajuk “Tasawuf dan Tarikat serta Isu” oleh Wan Baharuddin al-Kutani, “Penceraian dalam kalangan wanita melayu Terengganu” oleh Dr. Haryati Hassan, “Organisasi kerja menurut kaca mata Islam” oleh Dr Ahmad Mujahiden bin Haji Yusof, dan lain-lain artikel yang menarik lagi. Semoga pembaca mendapat maklumat yang bermanfaat daripada artikel-artikel yang disiarkan pada kali ini.

Pengasuh keluaran kali ini dimulakan dengan artikel yang bertajuk “Pemikiran ateisma dari perspektif akidah Islam” oleh  Ibrahim Majdi bin Muhammad Kamil. Penulis artikel ini cuba untuk merungkai corak pemikiran golongan ateisma serta menghuraikannya menurut perspektif akidah Islam. Selain artikel ini, disiarkan juga artikel yang bertajuk “Pendidikan dan Ulama Awal di kampung Kutan” oleh Wan Baharuddin al-Kutani, “Pakcu Haji Mat Saman” oleh Ismail Che Daud, “The Principle and Values of Islamic Management” oleh  Dr Haji Azman Che Omar, dan lain-lain artikel yang menarik lagi. Semoga pembaca mendapat maklumat yang bermanfaat daripada artikel-artikel yang disiarkan pada kali ini.

Ikuti coretan kisah hidup seorang tokoh agamawan negeri Kelantan dengan tajuk “Secarik Ujian Kehidupan” tulisan oleh Mohd Nor Hashri bin Junoh dalam Pengasuh keluaran kali ini. Kisah ini insya Allah akan memberi banyak motivasi dan inspirasi kepada para pembaca, insya Allah. Ikuti juga tulisan-tulisan lain yang menarik seperti “Bala dan Azab Allah: Sorotan Pemikiran Hamka Dalam Tafsir al-Azhar” oleh Dr. Abdul Hafiz bin Haji Abdullah, “Disiplin Ilmu Usuluddin dan Keteguhan Pegangan Akidah Ummah” oleh Prof. Emeritus Dato’ Zakaria Stapa, “Taubat dan Syarat-syarat Penerimaannya” oleh Dr Ahmad Mujahidin bin Haji Yusuf, “Al-Khalil bin Ahmad: Penyusun Kamus al-‘Ain” oleh Nabihah binti Yusuf. Ikuti juga artikel berbahasa Inggeris oleh Siti Maziah binti Ab Rahman dan Abdul Aziz bin Yaacob yang bertajuk “Theory of Fiqh Zakat by Yusof al-Qaradawi. Semoga pembaca mendapat manfaat yang sebaik-baiknya daripada Pengasuh keluaran kali ini.

Pengasuh keluaran kali ini dimulakan dengan artikel yang bertajuk “Pusat Pengajian Tinggi Islam Kelantan: Satu Coretan Ringkas Pengalaman (1968 – 1971)” oleh Dr Mohamad Kamil Ab Majid. Penulis artikel ini cuba mengimbau pengalaman pengajian di pusat pengajian ini bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain. Selain artikel ini, disiarkan juga artikel yang bertajuk “Siri Serangan Ideologi Moden: Hedonisme” oleh Dr Mohd Nasrun bin Yaakob, “Sebuah Wajah Pendidikan di Kampung Kutan Kelantan (Siri 1)” oleh Wan Bahrudin al-Kutani, “Kelahiran Liberalisme, Doktrin dan Keracunannya” oleh Mohd Saiba bin Yaakob (sambungan artikel Pengasuh 671), “Syeikh Muhammad Uthman El-Muhammady: Tokoh Ulama Kontemporari Malaysia” oleh Ibrahim Majdi Mohd Kamil. Ikuti juga artikel-artikel lain yang menarik dalam Pengasuh keluaran kali ini.

Antara artikel menarik Pengasuh keluaran kali ini ialah “Resensi Buku – Kisah Pelayaran Abdullah : Analisis Fakta dan Pentarikhan” oleh Ismail Che Daud. Tulisan ini mengupas kembali sejarah pelayaran Abdullah dan cuba menjelaskan beberapa kekeliruan yang berlaku sebelum ini tentang tarikh-tarikh tertentu yang berkaitan pelayaran beliau. Ikuti juga artikel yang bertajuk “Pengaruh Mazhab Syafi’e Dalam Pengeluaran Fatwa di Negeri Kelantan” oleh Prof. Dr. Wan Abdul Fattah bin Wan Ismail, “Covid-19: Ujian atau Musibah tulisan” oleh Dr. Mohd Nasrun bin Yaakob, “Sumbangan Tuan Guru Haji Hasan bin Mat Saman kepada Masyarakat” oleh Dr Ahmad Mujahidin bin Haji Yusuf, “Model Dakwah Semasa: Suatu Analisis Teoritikal Kepada Karya Panduan Para Pendakwah” oleh Prof. Madya Dr Abdul Salam Mohamad Shukri. Ikuti juga lain-lain artikel yang menarik lagi dalam Pengasuh keluaran kali ini.

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini266
Kelmarin3883
Minggu Ini8144
Bulan Ini58095
Jumlah Pengunjung15299641

Pedoman Tartil Dalam Ilmu Tajwid