UMUM KAKITANGAN
Hubungi: Unit Penerbitan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Tel: 09-746 2348 / 011 58991348 (Pembantu Tadbir - Penerbitan). Potongan 20% sehingga 60% dengan pembelian buku di Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Buku - buku keluaran MAIK ini juga boleh didapati di Perkhidmatan Van Zakat Bergerak, MAIK atau dengan mengisi Borang Pembelian Buku DI SINI
** Sila rujuk kos penghantaran (Quote Pos Laju) di https://www.pos.com.my/
Buku seumpama ini amat jarang dan sukar untuk diperoleh sekarang ini. Ia merupakan satu inisiatif pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dalam mendokumentasi gelaran-gelaran klasik yang digunakan dalam masyarakat Melayu Kelantan sehingga ke hari ini.
Buku ini diharapkan akan mendapat tempat dalam kalangan rakyat negeri Kelantan khasnya dan Malaysia umumnya. Ia sesuai dijadikan sebagai bahan rujukan dalam memupuk kesedaran akan perlunya menjaga dan melestarikan jati diri bangsa dek perubahan zaman.
Buku Istana Balai Besar Mercu Kedaulatan Dan Kegemilangan Raja-Raja Melayu Kelantan ini merupakan hasil daripada persetujuan dalam mesyuarat ahli Majlis Agama Islam dan adat istiadat Melayu yang dipengerusikan oleh Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail selaku Yang Dipertua Maik pokok ini juga terhasil setelah terbitnya buku-buku bercorak ‘coffee-table book’ seperti Masjid-Masjid Di Kelantan, Malaysia dan Resipi Cik Siti Wan Kembang. Penerbitan seumpama ini penting bagi MAIK dalam memelihara mendokumentasi dan melestarikan khazanah warisan budaya tinggalan masyarakat Melayu Kelantan terdahulu.
Diharapkan buku ini menjadi perintis dalam merakamkan kembali zaman Kesultanan Melayu Kelantan yang pertama di negeri ini yang usianya mencapai hampir tiga abad. Istana Balai Besar ini juga dapat dilihat sebagai ikon kepada pemerintahan sultan-sultan Kelantan Semenjak dahulu kala.
Jabatan Kerajaan Persekutuan
Jabatan Kerajaan Negeri
Pejabat Tanah & Jajahan
Majlis Agama Islam Negeri
Pusat Pungutan Zakat Negeri
Masjid Bandar & Mukim Kategori A
Laman Rasmi Waqaf Tunai MAIK
Laman Rasmi Balai Adat MAIK
Laman Rasmi Maahad Tahfiz MAIK
Laman Web Masjid Al-Ismaili
Talian : +609-7481512
Bebas-Tol : 1-800-88-6060
Faks: +609-7485512
Emel: maik [at] e-maik [dot] my
Aduan: KLIK DI SINI