faq lokasi aduan peta


OBJEKTIF, STRATEGI, VISI, MISI & MOTO

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

TERAS UTAMA MAIK

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan menggariskan beberapa teras utama seperti berikut:
1. Pengembangan Dan Pengukuhan Dana Baitulmal
  • Meningkatkan pendapatan dan dana secara mampan melalui kutipan zakat, infaq, wakaf dan baitulmal.
  • Pengurusan kutipan hasil sewa hartanah wakaf dan baitulmal.
  • Pulangan pelaburan dan projek komersil.
2. Peningkatan Kecemerlangan Tadbir Urus Zakat dan Wakaf
  • Meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan ketelusan pengendalian kutipan dan agihan zakat serta pengurusan hartanah wakaf.
  • Penggunaan aplikasi dan sistem ICT.
  • Mewujudkan SOP atau proses business yang mesra pelanggan.
3. Pembangunan Dan Pelaksanaan Program Dakwah Dan Pembangunan Umat yang Efektif
  • Menambah baik program pengenalan dan dakwah islamiah kepada masyarakat bukan Islam.
  • Penggalakan peningkatan penghayatan islam dalam kalangan umat Islam.
  • Strategi dan pelan terancang dibangunkan.
  • Kerjasama strategik dengan NGO, individu atau agensi kerajaan.
4. Peningkatan Keberkesanan Peranan Institusi Masjid
  • Meluaskan peranan institusi masjid sebagai pusat kegiatan dan kebajikan masyarkat.
  • Masjid sebagai pusat penyampaian perkhidmatan yang mesra pelanggan.
  • Penubuhan pusat sehentian (one-stop centre) MAIK di masjid terpilih untuk kemudahan urusan orang ramai.
5. Pembangunan Projek Sosioekonomi Yang Mampan
  • Menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi umat.
  • Menangani cabaran kemiskinan serta meningkatkan kemakmuran.
  • Menguruskan program sosio-ekonomi secara terancang dan bersepadu.
  • Turut meliputi fungsi Pendidikan bagi meningkatkan taraf ekonomi.
6. Pemeliharaan Pemasyuran Adat Istiadat Melayu
  • Memelihara dan memasyhurkan adat istiadat Melayu Kelantan melalui kajian, penerbitan dan usaha promosi lain.
  • Bekerjasama dengan pihak berkenaan untuk aktiviti kajian, dokumenntasi, pemeliharaan dan promosi.
  • Memantau adat istiadat tidak patuh syariah dalam kalangan masyarakat.

STRATEGI MAIK

1. Pembangunan Jaringan Kerjasama Strategik
  • Membangun jaringan dan program kerjasama secara berterusan dengan pelbagai jabatan/agensi kerajaan, sektor swasta serta pertubuhan bukan kerajaan.
  • Kerjasama meliputi perkongsian kepakaran, sumber,tenaga, kewangan, atau maklumat.
  • Antara bidang kerjasama termasuk pembangunan projek, bantuan kebajikan, program dakwah, penerbitan dan aktiviti pendidikan.
2. Penubuhan Dan Pemerkasaan Institusi Kursus
  • Menubuh dan memperkasa fungsi dan aktiviti tertentu sebagai institusi khusus bagi mencapai kecemerlangan dan menghasil model yang berjaya dalam bidang berkenaan.
  • Memberi autonomi pengurusan untuk mengurangkan birokrasi dan keperluan pentadbiran.
  • Membolehkan institusi khusus menjadi model kecemerlangan.
3. Penambahbaikan Sistem Dan Proses Kerja
  • Menambah baik sistem dan proses kerja secara berterusan.
  • Menangani isu dan masalah operasi dengan cekap, pastas dan sistematik.
  • Ini dilakukan dengan mengenalpasti isu-isu proses kerja atau perubahan polisi.
4. Pengukuhan Organisasi Dan Modal Insan
  • Mengukuhkan kapasiti dan prestasi organisasi dan warga kerja secara komprehensif, berterusan dan tersusun.
  • Struktur organisasi harus selari dengan arah tuju MAIK dan menepati kriteria struktur organisasi terbaik.
  • Selari dengan struktur organisasi dan fungsi setiap unit, bilangan warga kerja bersesuaian akan ditentukan.
  • Inisiatif seterusnya ialah menyediakan warga kerja dengan kemahiran yang diperlukan oleh MAIK.

MISI MAIK

Memartabatkan Islam dan meningkatkan kesejahteraan dan kemakmuran umat Islam Kelantan
  1. Pengurusan zakat, infaq, wakaf dan baitulmal serta pentadbiran masjid yang amanah dan profesional
  2. Usaha dakwah, kebajikan dan pembangunan sosio ekonomi masyarakat yang terancang, inovatif dan berterusan.
  3. Pemeliharaan adat istiadat Melayu berpaksikan syariat.

VISI MAIK

Menjadi institusi peneraju tadbir urus hal ehwal agama dan pembangunan umat Islam yang unggul dan dihormati

MOTO MAIK

"Islam Penyuluh Hidup"

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini417
Kelmarin2481
Minggu Ini22286
Bulan Ini6483
Jumlah Pengunjung30829655