faq lokasi aduan peta


BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM MOTIVASI BERSIRI “ I AM EXCELLENT” SIRI 6, TAHUN 2017

Program Motivasi Bersiri “I Am Excellent” Siri 6/2017 telah diadakan dengan jayanya pada 24, 25 dan 26 November 2017 bertempat di Sudara Beach Resort, Bachok. Program anjuran Unit Pendidikan, MAIK ini dilaksanakan dengan jayanya melalui kerjasama yang diberikan oleh 11 orang pensyarah dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN).

Program 3 hari 2 malam tersebut telah disertai oleh 22 orang pelajar tingkatan 3 yang terdiri daripada 5 orang pelajar penerima bantuan Biasiswa Kecil Tengku Anis (BTA) dan 17 anak-anak yatim Darul Aitam Putera dan Puteri. Majlis penutupan program tersebut pula telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof. Emeritus Dato’ Ir. Dr. Zainai Bin Mohamed selaku Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan MAIK.

5 objektif utama program adalah kenali diri, kemahiran berfikir, kemahiran berkomunikasi, refleksi diri dan kecergasan minda. Setiap objektif dicapai dengan beberapa aktiviti yang dilakukan sepanjang program tersebut selama 3 hari 2 malam. Setiap pelajar memberi sepenuh perhatian dan kerjasama di dalam aktiviti yang dilakukan bersama dengan para fasilitator.

Semasa majlis penutupan program YBhg. Dato’ menyampaikan sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam program tersebut terutama para pelajar dan fasilitator di dalam ucapan beliau. Beliau juga turut memberi sedikit nasihat agar setiap pelajar terus berusaha dalam mencapai kejayaan dan menyatakan bahawa pihak MAIK akan sentiasa memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

 

Disediakan Oleh : Siti Asmah Binti Abdul Ghafar

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1446
Kelmarin3328
Minggu Ini17926
Bulan Ini108100
Jumlah Pengunjung22992704