faq lokasi aduan peta


SINOPSIS BUKU TERBITAN MAIK

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

SINOPSIS BUKU TERBITAN MAIK

Hubungi: Unit Penerbitan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Tel: 09-746 2348 / 011 58991348 (Pembantu Tadbir - Penerbitan). Potongan 20% sehingga 60% dengan pembelian buku di Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Buku - buku keluaran MAIK ini juga boleh didapati di Perkhidmatan Van Zakat Bergerak, MAIK atau dengan mengisi Borang Pembelian Buku DI SINI

BIL JUDUL BERAT (g) HARGA (RM)
1  Adab Orang Islam  398  RM 23.00
2  Asas Aqidah Islam  558   RM 20.00
3  Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jama’ah  140  RM 15.00
4  Bahasa Istana D'Raja Kelantan 439   RM 35.00
5  Bibliografi Kelantan : Satu Senarai Awal Sehingga 2018 598   RM 55.00
6  Bimbingan Fardu Ain 133   RM 10.00
7  Celik Wang 261   RM 10.00
8  Doa-doa Pilihan Dari As Sunnah & Al Quran 282   RM 11.90
9  Fatwa Kerajaan Negeri Kelantan (Jawi) Jilid 1 241   RM 15.00
10  Fatwa Kerajaan Negeri Kelantan (Jawi) Jilid 2 204   RM 13.50
11  Fathul Muin 560   RM 23.00
12  Furu' Al-Masa'il 625   RM 30.00
13  Gelaran Warisan Kelantan 230   RM 25.00
14  Halaman Adat Istiadat Raja & D'Raja Kelantan 1223   RM 160.00
15  Istana Balai Besar 1302   RM 150.00
16  Jati Diri Bangsa 895   RM 50.00
17  Kelantan - Patani 725   RM 45.00
18  Mus'ab Bin Umair 132   RM 16.00
19  MAIK : Its Role in The Field Of Religion, Education and Publication in Kelantan  Until 1990 523   RM 30.00
20  Meluruskan Kefahaman LA ILAHA ILLAL'LAH 181   RM 15.00
21  Precise Tafsir Of The Noble Quran 463   RM 30.00
22  Panduan Penyelenggaraan Jenazah 148   RM 15.00 
23  Peringatan 150 Tahun Masjid Muhammadi 310   RM 35.00
24  Puri Kencana :  Kulit keras 1075   RM 125.00
25  Puri Kencana :  Kulit Lembut 951   RM 75.00
26  Seni Pidato KDYMM Sultan Muhammad V 1050   RM 100.00
27  Syair Penghayatan Al-Quran 286   RM 25.00
28  Syair Adat Istiadat Kesultanan Melayu Kelantan (Kulit Keras) 577   RM 70.00
29  Syair Adat Istiadat Kesultanan Melayu Kelantan (Kulit Lembut) 468   RM 60.00
30  Teladan Kanan-kanak 354   RM 15.00
31  Tata Rakyat Negeri Kelantan (I) 244   RM 10.00
32  Tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (2)  879   RM 60.00
33  Ulama’ Besar Pattani (Rumi) : Kulit Lembut 1016   RM 50.00
34  100 tahun pengasuh 1072   RM 70.00
35  Majalah Pengasuh 188   RM 4.00

 ** Sila rujuk kos penghantaran (Quote Pos Laju) di https://www.pos.com.my/

Paparan:

Penulis                     : Profesor Emeritus Dato’ Zakaria Stapa

Jumlah Halaman    : 188 halaman

Harga                       : RM35.00

Tarekat merupakan suatu perkara yang tidak asing lagi dalam dunia Islam, namun pengetahuan masyarakat kita tentang tarekat ini agak kurang. Dikalangan ahli akademik pula masih belum ramai yang membuat kajian berkaitan dengannya. Akibatnya, ramai yang terkeliru mengenai istilah tasawuf dan tarekat. Begitu juga, ramai yang terlibat dengan ajaran sesat yang menggunakan nama tarekat lantaran kurangnya pengetahuan mereka. Tidak kurang pula kumpulan ajaran sesat yang berselindung disebalik nama tarekat yang sudah terkenal demi mencari pengaruh dan mengumpul kekayaan.

Buku “Tarekat dalam Ilmu Tasawuf” ini akan menjelaskan beberapa perkara berkaitan tarekat yang menyentuh mengenai konsep tasawuf dan tarekat serta sejarah kemunculan dan perkembangan nya dalam dunia Islam.

Penulis                 : Abdul Razak Mahmud | Ismail Che Daud

Jumlah Halaman : 722 halaman

Harga                   : RM80.00

Buku setebal 722 halaman ini adalah “versi baharu” bagi buku Biografi Singkat 40 Ulama’ Terpilih Negeri Kelantan yang telah diterbitkan oleh MAIK pada 2017 yang lalu. Selepas disemak dan diperbaiki, serta dengan menukarganti tiga orang tokoh, dan diperkaya dengan tiga buah lampiran, buku ini kini kami terbitkan kembali dalam wajah baharu serta dengan memakai judul baharu – Tarikh Ulama’ Kelantan (Sejak Awal Hingga Tahun 2000).

Buku ini terkandung dalam dua bahagian utama; pertama – terdiri atas sejumlah 40 orang tokoh ulama’ Kelantan yang ditulis dalam sebuah tarajum ringkas, tetapi merangkumi, berasal dari siri ceramah radio Kelantan FM, Kota Bharu, mulai awal Muharram 1437 hingga berakhir pada Jumad al-Akhir 1438. Manakala bahagian kedua pula terdiri atas lima buah lampiran yang menampilkan sejarah dan perkembangan ulama’ Kelantan yang dikumpul dari pelbagai sumber dan rujukan. Sungguh suatu kompendium maklumat yang sangat informatif dan luar biasa lengkap untuk dicermati dan dianalisis dalam upaya melihat peran dan sumbangan ulama’ Kelantan dalam bidang pengajian ilmu-ilmu Islam tradisional, tak hanya di Kelantan, tetapi juga di luar Kelantan.

Adalah diharapkan semoga penerbitan buku ini mampu menjadi sebuah dokumentasi yang komprehensif dan terpercaya dalam bidang kajian sejarah dan dinamika ulama’ Kelantan dalam rentang waktu sejak awal perjalanannya – sejauh yang dapat dirunut dan ditelusuri – hingga berakhir pada tahun 2000.

Penyelenggara    : Abdul Razak Mahmud

Jumlah Halaman : 114 hlm

Harga                   : RM25.00

Buku setebal 114 halaman ini adalah koleksi bagi siri tulisan tentang khurafat wali dan tasawuf yang pernah tersiar dalam majalah Pengasuh, lidah rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Ia ditulis oleh dua orang penulis pakar dan punya wewenang dalam bidangnya; Drs. Abdul Ghani Azmi Idris dan Ustaz Mohamad Labib Ahmad.

Antara topik perbahasan yang terkandung di dalam buku ini adalah: Khurafat dan Bid’ah di Sekitar Wali, Konsep Kewalian Tasawuf, Konsep Khatm al-Walayah (Penamat Wali-wali), Wali dan Karamah dalam Tarekat Tasawwuf, Khurafat dan Bid’ah di Sekitar Khidir a.s dan Nabi Khidir a.s dalam Ajaran Tasawuf.

Penyelenggara: - Abdul Aziz Umar Ahmad

Al-Quran merupakan kalam Allah yang mulia, diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan seluruh umat manusia. Segala isi kandungannya dijamin terpelihara daripada sebarang kepalsuan dan perubahan sehinggalah ke akhir zaman. Manakala membacanya dikira ibadah dan dicatatkan pahala disisi Allah SWT.

Buku Pedoman Tartil dalam Ilmu Tajwid ini merupakan sebuah karya yang ditulis oleh al-Fadhil Ustaz Abdul Azizi Umar Ahmad berkaitan dengan perbahasan ilmu tajwid bagi tujuan pengajian dan pembelajaran di masjid-masjid, institusi-institusi pengajian islam, serta dijadikan sebagai bacaan umum.

Buku ini diharapkan dapat memberikan manfaat yang berguna buat para pembaca dan pencinta ilmu khususnya bagi mereka yang ingin mempelajari ilmu berkaitan al-Quran dan tajwid secara lebih mendalam.

Penyelenggara: - Dato' Hj. Mohamad Shukri b. Mohamad

Buku ini adalah kombinasi dari dua buah buku Fatwa “Edisi Jawi iaitu Himpunan Fatwa Mufti Kerajaan Negeri Kelantan Jilid pertama yang diterbitkan pada Disember 1986 dan Jilid kedua pada Mei 1993.

Bagi memenuhi permintaan pembaca dan meluaskan audiens terutama generasi muda yang cenderung dan mampu membaca rumi, maka buku ini diterbitkan dalam edisi rumi di samping jadi identiti dan imej Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sejak satu abad yang lalu.

Mengandungi 50 bab yang telah disusun semula mengikut keutamaan dengan menghimpunkan bab taharah, bab solat, bab korban, bab zakat, bab perkahwinan dan penceraian, bab pusaka, bab muamalat dan bab masalah umum serta lain-lain dalam jilid yang pertama dan yang kedua menjadi satu bab.

Buku ini diharapkan dapat memberi manfaat yang besar kepada umat Islam sebagai panduan berhubung dengan masalah-masalah agama yang pernah diputuskan oleh Mufti dan Jemaah Ulama’ untuk memenuhi keperluan umat Islam.

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini629
Kelmarin3039
Minggu Ini17102
Bulan Ini3668
Jumlah Pengunjung20962870

Pedoman Tartil Dalam Ilmu Tajwid