faq lokasi aduan peta


SOALAN LAZIM

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

Frequently Asked Questions - All FAQs

FAQs - All FAQs

Semua pemegang tauliah hendaklah mematuhi syarat-syarat dan peraturan sebagaimana berikut:

  1. Pemegang tauliah hendaklah mengelakkan diri daripada memberi penerangan atau pengajaran agama yang boleh menimbulkan kekeliruan orang ramai atau memecahbelahkan perpaduan masyarakat Islam atau berlawanan dengan fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) atau pegangan ahli sunnah waljamaah.
  2. Hendaklah sentiasa berpegang kepada akhlak Islam serta berkeperibadian luhur dan terpuji dalam semua keadaan.
  3. Tidak menggunakan kuasa yang dikurniakan ini bagi tujuan-tujuan yang berlawanan dengan prinsip yang murni bagi maksud meninggikan syariah Islam dan hanya sah untuk maksud sebagaimana yang dinyatakan dalam tauliah sahaja.
  4. MAIK atau mana-mana orang atau pihak yang diberi kuasa oleh MAIK berkuasa menarik balik tauliah ini atau mengambil apa-apa tindakan yang sewajarnya berhubung dengan tauliah ini menurut enakmen MAIK atau peraturan yang dibuat di bawahnya, jika ada sebab-sebab yang munasabah.
  5. Mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh MAIK dari semasa ke semasa.

Aduan terhadap pemegang tauliah akan disiasat terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan ke atasnya diambil.

Pemegang tauliah perlu melengkapkan Borang Permohonan Perbaharui Tauliah Mengajar Agama MAIK enam (6) bulan sebelum tarikh tamat tempoh tauliah.

Peraturan sedia ada menetapkan sesiapa yang telah tamat tempoh tauliahnya tidak boleh meneruskan pengajaran. Pengajaran hanya boleh diteruskan setelah tauliahnya sah diperbaharui semula.

Urusan penguatkuasaan, perkahwinan dan penceraian adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK).

Selain menghubungi kami di talian 09-748 1512 anda juga boleh berhubung dengan MAIK menerusi emel rasmi iaitu maik [at] e-maik [dot] my

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2805
Kelmarin2983
Minggu Ini5788
Bulan Ini58702
Jumlah Pengunjung24174153