orange   green   default   red   malay   English  
faq lokasi aduan peta


PERKHIDMATAN

MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN

Image

CARA MEMOHON :

  • Memuat turun Borang Permohonan di pautan laman sesawang Darul Quran, JAKIM
  • Menghantar salinan borang permohonan yang telah dimuat turun dan diisi beserta sijil-sijil yang telah disahkan ke alamat:
    • MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN MAIK
      Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)
      Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra,
      Lot 2136, Jalan Raja Perempuan Zainab II,Panji,
      16100 Kota Bharu Kelantan,
      Malaysia

    • Telefon : +609-7744363
    • Faks : +609-7715 773
    • Emel : mtq [at] e-maik [dot] my
    • Website : maahadtahfiz.e-maik.my

SEJARAH PENUBUHAN

Maahad Tahfiz Al- Quran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dahulunya dikenali sebagai Kelas Pengajian Tahfiz. Kelas pengajian tahfiz ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan di bawah kuasa Shohibul Samahah al-marhum Dato’ Hj. Mohd Noor Bin Ibrahim, Mufti Kerajaan Negeri Kelantan dan MAIK bertindak sebagai urusetia. Pada 25 Ogos 1980 sehingga 31 Disember 1989, Kelas Pengajian Tahfiz telah mula beroperasi di Pusat Pembelajaran bertempat di Masjid Muhammadi Kota Bharu manakala asrama pelajar telah ditempatkan di sebelah pejabat lama Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Kelas Pengajian Tahfiz adalah berteraskan kepada hafazan Al-Quran iaitu sebanyak tiga puluh juzuk dan beberapa mata pelajaran lain seperti Tajwid, Feqh dan Tauhid. Kurikulum pengajian pada ketika itu, tidak terikat dengan mana-mana standard pengajian di peringkat kerajaan. Shohibul Samahah Mufti Negeri Kelantan, Dato’ Mohammad Noor Bin Ibrahim telah diberi amanah supaya mengendalikan program tersebut.

Kelas Pengajian Tahfiz telah berjaya melahirkan lapan orang pelajar tahfiz dan kesemua pelajar ini telah dilantik oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan sebagai guru Al-Quran di masjid-masjid bandar dan jajahan negeri Kelantan.

Seterusnya pada 1 Januari 1993, Kelas Pengajian Tahfiz telah dinaiktaraf kepada Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK dan pada akhir tahun 2006 maahad ini berpindah ke penempatan baru di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji Kota Bharu dengan prasarana yang lengkap sesuai dengan perkembangan sistem pembelajaran semasa. Pelbagai kemudahan seperti bilik pengajian yang selesa, asrama, makmal komputer dan banyak lagi kemudahan yang disediakan.

Sukatan pengajian di Maahad Tahfiz al-Quran MAIK telah ditetapkan oleh pihak Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam tempoh pengajian selama tiga tahun atau enam semester. Semua pelajar wajib menghafaz al-Quran tiga puluh juzuk serta perlu mengkhatamkannya selama tempoh tersebut. Pelajar akan dinilai melalui peperiksaan semester, kerja kursus atau latihan yang telah ditetapkan bagi melayakkan pelajar mendapat Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat, seterusnya pelajar layak menyambung ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di institusi tempatan atau luar negara dalam bidang yang berkaitan.

Umumnya terdapat tiga bahagian utama iaitu, Bahagian Pentadbiran AM, Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

1. Bahagian Pentadbiran AM dan Rekod

  • Mengurus Hal Ehwal Am Pentadbiran
  • Merancang pengurusan dan peruntukan kewangan
  • Merancang dan mengatur latihan-latihan kepada kakitangan

2. Bahagian Hal Ehwal Akademik

  • Bertanggungjawab mengurus program yang berkaitan dengan akademik pelajar
  • Bertanggungjawab mempertingkatkan prestasi pengajaran, pencapaian akademik dan peperiksaan
  • Menyediakan khidmat bantu supaya visi dan misi maahad dapat direalisasikan dengan lebih efisyen

3. Bahagian Hal Ehwal Pelajar

  • Bertanggungjawab mengurus pembangunan dan kepimpinan pelajar
  • Menyediakan kemudahan, perkhidmatan dan kebajikan pelajar
  • Merancang dan melaksanakan aktiviti ko-kurikulum, sukan dan lain-lain
 
 

SISTEM PENGAJIAN

Pengajian dijalankan mengikut sistem semester iaitu selama 6 semester (3 tahun). Pelajar-pelajar yang mengikuti program ini perlu menghabiskan tiga komponen kursus iaitu:

  • Kursus Pengajian Teras
  • Kursus Wajib MQA
  • Kursus Wajib Syukbah (Qiraat)

YURAN PENGAJIAN

Yuran pengajian tidak dikenakan. Elaun bulanan diperuntukkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

PROSPEK

Pemegang Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat berpeluang menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di bidang pengajian yang berkaitan sama ada di dalam atau di luar negara. Mereka juga layak memohon pekerjaan di sektor awam dan swasta.

KELEBIHAN & KEISTIMEWAAN

  • Pengiktirafan Sijil Diploma di pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Tempatan & Luar Negara
  • Elaun Bulanan disediakan
  • Penginapan Asrama Percuma
  • Bilik Kuliah yang selesa
  • Makmal Komputer yang kondunsif
  • Kawalan Keselamatan 24 Jam
  • Pelbagai kemudahan lain yang disediakan

 

PROGRAM KEMASYARAKATAN

Aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah seperti berikut:-

  • Majlis Tahlil & Bacaan Al-Quran
  • Majlis Qiamulail
  • Program Solat Hajat
  • Solat Jenazah
  • Majlis Kesyukuran dan Majlis Keraian
  • Khidmat Imam Terawikh
  • Bakti Siswa
  • Riadah dan Sukan
  • Lain-lain

 

SYARAT KEMASUKAN

Kelayakan asas untuk mengikuti program Diploma adalah seperti berikut:-

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Belum berkahwin
  • Berumur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh pendaftaran
  • Lulus 
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
      dengan syarat minimum Gred “C” dalam mata pelajaran berikut:-
      • Bahasa Melayu
      • Bahasa Arab / Al-Adab wa al-Balaghah / Al-Lughah al-Arabiah al-Mu’asirah /  Turath Bahasa Arab;
      • Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Islam / Tasawwur / Usuluddin / Turath al-Quran dan Sunnah / Al-Syariah / Manahij al-Ulum al-Islamiah / Turath Dirasat / Maharat al-Quran / Manahij Ulum al-Islamiyah dan;
      • LULUS Bahasa Inggeris
      • LULUS Ujian Bertulis (Bahasa Arab dan Tajwid)
      • LULUS temuduga
      • Mempunyai tahap kesihatan yang baik
.
  • MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN
    Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
    Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra,
    Lot 2136, Jalan Raja Perempuan Zainab II, Panji,
    16100 Kota Bharu, Kelantan,
    Malaysia

  • Telefon : +609 7744363

  • Faks : +609 7715773

  • Emel : mtq [at] e-maik [dot] my

  • Waktu Berurusan:
    Ahad hingga Rabu : 8.00 pagi - 5.00 petang
    Khamis : 8.00 pagi - 3.30 petang
    Jumaat & Sabtu : Cuti

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini543
Kelmarin1870
Minggu Ini8393
Bulan Ini48258
Jumlah Pengunjung2533669