
- Soalan Lazim : FAQ Rumah Kebajikan Darul Aitam
- Muat turun Borang Permohonan Kemasukan Darul Aitam
- Alamat :
RUMAH KEBAJIKAN DARUL AITAM
Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra,
Lot 2136, Jalan Raja Perempuan Zainab II,
Panji Kota Bharu Kelantan 16100 Malaysia
- Telefon : 09-7715770 (Putera) / 09-7731293 (Puteri)
- Faks : 09-7715777
- Waktu Berurusan :
Ahad hingga Rabu : 8.00 pagi - 5.00 petang
Khamis : 8.00 pagi - 3.30 petang
Jumaat & Sabtu : Cuti
SEJARAH
DARUL AITAM merupakan Rumah Kebajikan untuk penempatan anak-anak yatim di bawah kawalan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Unit Darul Aitam berfungsi secara khusus untuk mengurus serta mengelola sebarang hal ehwal yang berkaitan dengan kebajikan anak-anak yatim dan penubuhan Darul Aitam adalah di bawah Seksyen 7 (1)(C) Enakmen MAIK 1996.
Rumah Kebajikan Darul Aitam Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) terdiri daripada penghuni putera dan puteri. Darul Aitam Putera beroperasi pada 5 Mei 1985 dengan pengambilan pertama seramai 10 orang manakala Darul Puteri mula beroperasi pada 25 Julai 1992 dan DYMM Raja Perempuan Kelantan telah mengampuni perkenan mencemar Duli berangkat bagi menyempurnakan perasmian pembukaan bangunan Darul Aitam Puteri pada 3 Ogos 1992.
Pada Tahun 2021, penempatan Darul Aitam Putera ialah di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra (KIJPSIP), Panji Kota Bharu manakala Darul Aitam Puteri ialah di Lot 2134, Panji Kota Bharu Kelantan berhadapan dengan Darul Aitam Putera. Jumlah Penghuni pada tahun 2021 yang merupakan jumlah penghuni terkini ialah seramai 121 orang yang terdiri 59 orang Putera dan 62 orang Puteri. Had pengambilan untuk Darul Aitam Putera ialah seramai 80 orang manakala Darul Aitam Puteri ialah 70 orang.
OBJEKTIF PENUBUHAN
- Membantu memberi kemudahan dan kesempurnaan sara hidup kepada anak-anak yatim Islam yang miskin dan dhaif
- Membimbing melengkapkan diri dengan kemahiran untuk hidup berdikari
- Membimbing dan memberikan kemudahan pendidikan ilmiah ke arah mencapai kecemerlangan akademik
- Meringankan beban keluarga anak-anak yatim dari golongan miskin
- Memupuk keimanan dan mengukuhkan didikan rohaniah yang seimbang dan sempurna
- Menerapkan nilai-nilai keagamaan bagi melahirkan anak-anak yatim yang dinamis progresif serta berakhlak mulia.
- Pemohon hendaklah terlebih dahulu mengisi borang Borang Permohonan Kemasukan Darul Aitam.
- Menghantar borang yang telah diisi dengan lengkap bersama dokumen-dokumen yang diperlukan ke pejabat Darul Aitam
- Pihak Darul Aitam akan mengadakan lawat siasat ke rumah-rumah pemohon.
- Hanya pemohon yang memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
- Proses temuduga akan diadakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Pemohon bersama ibu/penjaga akan ditemuduga oleh panel penemuduga yang telah dilantik khas.
- Pemohon Berjaya akan mendaftar masuk ke Darul Aitam pada tarikh yang telah ditetapkan.
- Borang permohonan boleh dimuatturun di bahagian MUAT TURUN portal MAIK dan juga boleh didapati di pejabat berikut:
-
Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Darul Aitam MAIK
Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra
Lot 2136, Jalan Raja Perempuan Zainab II, Panji
16100 Kota Bharu, Kelantan
- Anak yatim atau yatim piatu
- Berumur antara 10 tahun hingga 13 tahun
- Keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan dan ibu bapa berasal dari Negeri Kelantan.
- Keluarga yang kurang berkemampuan (miskin) dan mempunyai tanggungan yang ramai.
- Pendapatan penjaga tidak melebihi RM1,500 dengan tanggungan tidak kurang daripada 3 orang.
- Bilangan adik beradik yang tinggal di Darul Aitam terhad kepada 2 orang sahaja.
- Sihat tubuh badan/ fizikal dan berkelakuan baik.
- Keutamaan kepada calon yang mempunyai tahap akademik sederhana dan ke atas.
Sesuai dengan objektif penubuhan Darul Aitam untuk memberi keselesaan kehidupan kepada anak-anak yatim yang kehilangan tempat bergantung, pelbagai aktiviti dilaksanakan bagi membantu mereka menjadi insan yang berjaya dan berdikari mengikut kemampuan dan potensi yang ada pada diri mereka.
Antara program-program yang dilaksanakan seperti :
- PROGRAM PEMANTAPAN DIRI : Majlis suai kenal, kelas Al-Quran dan bimbingan Fardhu Ain, Kelas Agama Kursus dan Bimbingan.
- KEMAHIRAN : ceramah motivasi dan agama, asuhan pengurusan diri dan kesihatan, kursus kemahiran belajar
- AKADEMIK : Kelas tambahan semua matapelajaran, program kecemerlangan seperti kelas intensif UPSR, PMR dan SPM,kelas pemulihan 3M
- PROGRAM REKRIASI : Riadah dan kawad, lawatan sambil belajar,menerima lawatan dan kunjungan serta program gotong-royong
Darul Aitam dibina bertujuan untuk memberi kemudahan tempat tinggal, persekolahan, kemudahan berekreasi sebagai asas keperluan hidup. Kemudahan seperti dewan serbaguna, mussala, asrama, persekitaran yang selesa dapat mewujudkan suasana belajar serba lengkap yang diperlukan oleh mereka.
Kemudahan yang disediakan juga banyak membantu mengembangkan potensi penghuni-penghuni Darul Aitam. Antara kemudahan yang disediakan adalah :
- Persekolahan
- Pakaian
- Pengangkutan
- Rawatan & Perubatan
- Makan & Minum
- Bantuan melanjutkan pelajaran & biasiswa
- Duit sumbangan balik kampung
Darul Aitam memperolehi peruntukan daripada MAIK dan sumbangan daripada badan-badan pertubuhan, badan-badan korporat, orang perseorangan dan sebagainya.
Darul Aitam juga mempunyai Tabung Kebajikan di mana ianya menerima sumbangan daripada pelbagai pihak
Peruntukan dan sumbangan tersebut digunakan untuk perbelanjaan dan keperluan anak-anak yatim
Di antara perbelanjaan yang digunakan untuk anak-anak yatim adalah seperti berikut :
- Makan dan minum
- Yuran Persekolahan
- Buku sekolah dan lain-lain keperluan
- Pakaian seragam
- Lawatan sambil belajar
- Aktiviti-aktiviti pembangunan jati diri