faq lokasi aduan peta


PERKHIDMATAN

PENGURUSAN PUSAKA

  • Soalan Lazim : FAQ Pengurusan Pusaka
  • Waktu Berurusan :
    Ahad hingga Rabu : 8.00 pagi - 5.00 petang
    Khamis : 8.00 pagi - 3.30 petang
    Jumaat & Sabtu : Cuti

DEFINISI HARTA PUSAKA

Harta Pusaka ialah segala apa yang menjadi kepunyaan si mati di masa hidupnya, kemudian ditinggalkan untuk waris-warisnya sama ada harta benda, hak-hak dan apa yang termasuk dalam miliknya setelah dia mati

Termasuk Harta Pusaka

  • Semua harta si mati yang diperolehi secara halal;
  • Sewa yang belum dijelaskan kepada si mati;
  • Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematian;
  • Dividen / faedah yang terbit daripada harta si mati;
  • Simpanan KWSP berpenama / tiada penama;
  • Penama Takaful; dan
  • Barang yang terbit selepas mati seseorang dari usahanya semasa hayat

Bukan Harta Pusaka

  • Harta yang telah dijual, diwakaf, dihibah atau dipegang amanah;
  • Khairat kematian;
  • Pemberian oleh orang-orang yang menziarahi kematian
  • Imbuhan, pampasan dan sagu hati;
  • Pencen terbitan; dan
  • Bayaran-bayaran di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (PERKESO)

Harta Pusaka terhak Baitulmal

Harta Pusaka terhak Baitulmal adalah harta pusaka yang jatuh hak kepada Baitulmal sekiranya harta pusaka tersebut tiada pewaris atau terdapat baki harta apabila diberikan kepada waris-waris yang berhak

SEBAB-SEBAB MEMPUSAKAI HARTA

  • Islam
  • Perkahwinan
  • Keturunan

HALANGAN MENERIMA PUSAKA

  • Membunuh
  • Berlainan agama
  • Murtad

Islam menetapkan kaedah pembahagian harta pusaka yang dinamakan sebagai faraid. Ia diperoleh daripada seseorang yang meninggal dunia yang meninggalkan waris yang layak menerima harta pusaka mengikut Hukum Syarak setelah diuruskan jenazah si mati, dilunaskan hutang-piutangnya (hutang dengan Allah (zakat, haji, fidyah dan kaffarah) dan hutang dengan manusia) dan dilaksanakan wasiatnya (sekiranya ada).

TANGGUNGJAWAB WARIS MENUNAIKAN HAK SI MATI

Sebelum pembahagian harta pusaka, waris-waris wajib menyelesaikan perkara berikut :

  1. Menguruskan jenazah
  2. Menjelaskan hutang si mati :
    • Hutang kepada Allah swt seperti Zakat, kaffarah, nazar, haji dan fidyah.
    • Hutang kepada manusia
  3. Tuntutan Harta Sepencarian (JIKA ADA)
  4. Melaksanakan wasiat si mati (jika ada) yang tidak melebihi 1/3 daripada harta peninggalannya.
  5. Pembahagian harta (FARAID)

WARIS-WARIS DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

Waris-waris yang berhak mewarisi harta pusaka dibahagikan kepada waris lelaki dan perempuan adalah seperti berikut:

waris

INSTITUSI PENGURUSAN HARTA PUSAKA DI MALAYSIA

institusi

Harta pusaka merupakan salah satu sumber Baitulmal yang telah ditetapkan mengikut hukum faraid di mana Baitulmal merupakan tempat rujukan terakhir sekiranya sesuatu harta pusaka itu tiada pewaris atau terdapat baki harta setelah diberikan kepada waris-waris yang berhak.

Ia berdasarkan kitab Raudah al-Talibin karangan Imam An-Nawawi jilid 5, halaman 6-7:

“Sekiranya si mati tidak meninggalkan waris fardu, dan tidak meninggalkan waris asabah, maka hendaklah diwarisi oleh dhawi al-arham. Pada pandangan kami, sesungguhnya pendapat yang sahih dhawi al-arham itu tidak mewarisi dan tidak juga dipulangkan lebihan harta, iaitu dalam keadaan bilamana urusan baitulmal ditadbir dengan baik dengan diperintah oleh pemimpin yang adil.”

Dalam kitab Al-Mawarith fi al-Syariah al-Islamiyyah fi Dhauil Kitab wa al-Sunnah, karangan al-Syeikh Muhammad Ali al-Sobuni, cetakan ke-5, tahun 1407H/1987M menyatakan, pendapat Imam Malik dan Imam Syafi’e bahawa dhawi al-arham atau para kerabat tidak berhak mendapat waris. Lebih jauh mereka mengatakan bahawa bila harta pusaka bagi waris yang tidak ada ashab al-furud atau asabah yang mengambilnya, maka hendaklah dilimpahkan kepada Baitulmal kaum muslimin untuk disalurkan demi kepentingan masyarakat Islam pada umumnya. Dengan demikian, tidak dibenarkan jika harta tersebut diberikan kepada dhawi al-arham. Di antara mereka yang berpendapat demikian ialah Zaid bin Thabit r.a. dan Ibnu Abbas r.a. dalam sebahagian riwayat darinya.

BAGAIMANA BAITULMAL MEWARISI HARTA PUSAKA?

Baitumal mewarisi harta pusaka seseorang si mati melalui keadaan-keadaan seperti berikut:

    1. Sekiranya si mati tidak mempunyai waris yang berhak mewarisi harta pusaka mengikut hukum faraid. Dalam keadaan ini, semua harta si mati dikembalikan kepada Baitulmal.

Contoh:

      • Si mati sebatang kara. Tidak mempunyai suami atau isteri, ibu bapa dan tidak pula mempunyai saudara mara, semua harta pusakanya diserahkan kepada Baitulmal.

 

    1. Sekiranya si mati meninggalkan waris, tetapi mereka tidak tersenarai sebagai waris yang berhak mewarisi harta pusaka atau terhalang daripada menerima pusaka seperti waris dhawi al-arham atau berlainan agama, maka kesemua harta pusaka itu diserahkan kepada Baitulmal.

Contoh:

      • Si mati tidak mempunyai waris lain kecuali anak saudara perempuan daripada adik beradik lelaki seibu sebapa yang mati dahulu. Anak saudara ini tergolong dalam kategori waris dhawi al-arham dan tidak mewarisi. Oleh itu kesemua harta pusaka diserahkan kepada Baitulmal.
      • Si mati tidak mempunyai waris lain kecuali anak saudara lelaki daripada adik beradik seibu sebapa perempuan yang mati dahulu. Anak saudara ini tergolong dalam kategori waris dhawi al-arham dan tidak mewarisi. Oleh itu kesemua harta pusaka diserahkan kepada Baitulmal.
      • Si mati seorang muallaf. Ibu bapa dan semua saudara mara bukan beragama Islam. Oleh itu semua harta pusakanya dikembalikan kepada Baitulmal kerana berlainan agama menghalang seseorang itu daripada mewarisi harta pusaka.

 

    1. Sekiranya si mati meninggalkan waris yang berhak menerima pusaka, namun mereka hanya mewarisi sebahagian sahaja daripada harta pusaka itu. Maka bakinya diserahkan kepada Baitulmal.

Contoh:

    • Si mati seorang muallaf dan meninggalkan seorang isteri tanpa anak. Waris lain seperti ibu bapa dan adik beradik tidak beragama Islam. Dalam kes ini, isteri hanya layak mewarisi sebanyak 1/4 bahagian sahaja manakala bakinya 3/4 bahagian diserahkan kepada Baitulmal.
    • Si mati hanya meninggalkan seorang anak perempuan sahaja. Waris lain seperti ibu bapa, adik beradik, bapa saudara dan lain-lain lagi waris asabah tidak ada. Seorang anak perempuan layak mewarisi secara fardu sebanyak 1/2 bahagian sahaja manakala bakinya 1/2 bahagian lagi diserahkan kepada Baitulmal.
    • Si mati meninggalkan suami dan ibu. Lain-lain waris tidak ada. Suami mewarisi secara fardu sebanyak 1/2 bahagian manakala ibu si mati juga mewarisi secara fardu sebanyak 1/3 bahagian. Bakinya sebanyak 1/6 bahagian diserahkan kepada Baitulmal.

DALIL PENSYARIATAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

Firman Allah SWT:

“Allah perintahkan kamu (mengenai pembahagian harta pusaka) untuk anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah seperdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: seperenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya ialah ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah sepertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah seperenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayar hutangnya. Ibu bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu. (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

(Surah Al-Nisa’: 11)

MAIK menyediakan perkhidmatan Pengurusan Harta Pusaka Orang Islam seperti berikut:

  1. Perkhidmatan urus harta pusaka terhak Baitulmal
  2. Perkhidmatan urus harta pusaka terhak Baitulmal dan pewaris
  3. perkhidmatan urus harta pusaka terhak Baitulmal bersama agensi berkaitan
  4. Permohonan tebus bahagian Baitulmal

BIDANGKUASA MAIK DALAM PENGURUSAN HARTA PUSAKA

Seksyen 6(1) Enakmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat melayu Kelantan 1994

Majlis mempunyai kuasa bertindak sebagai wasi atas sesuatu wasiat atau pentadbir harta simati atau pemegang amanah mana-mana amanah.

Insentif khas disediakan untuk mana-mana individu pertama yang melaporkan Hartanah terhak Baitulmal

insentif

SYARAT PELAPOR

Antara kategori individu yang layak dipertimbangkan bagi mendapatkan insentif pelapor pusaka adalah:

  • Waris dhawi-al arham iaitu waris yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan si mati selain daripada waris fardu dan waris asobah
  • Pemilik tanah lain yang berkongsi milikan tanah dengan si mati
  • Bukan orang berkepentingan terhadap sesuatu harta

CARA PELAPORAN PUSAKA

  1. Pelapor pusaka boleh hadir ke IBU PEJABAT MAIK- BAHAGIAN BAITULMAL (TINGKAT 1), atau
  2. Emelkan maklumat dan sebarang pertanyaan berkaitan harta pusaka ke: baitulmal [at]e-maik [dot]my atau tel: 09-7481512

NAK TAHU LEBIH LANJUT BERKENAAN PENGURUSAN HARTA PUSAKA ISLAM?

Antara kategori individu yang layak dipertimbangkan bagi mendapatkan insentif pelapor pusaka adalah:

Sebarang pertanyaan:

  • Hadir ke: Ibu Pejabat MAIK-Bahagian Baitulmal
  • Emelkan maklumat atau sebarang pertanyaan pusaka ke: baitulmal [at] e-maik [dot] my
  • Hubungi: 09-748 1512 atau layari Portal Rasmi MAIK : www.e-maik.my

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini201
Kelmarin3127
Minggu Ini17784
Bulan Ini8914
Jumlah Pengunjung24124365

A- A A+