faq lokasi aduan peta


PERKHIDMATAN

KHAIRAT KEMATIAN & PUNGUTAN DERMA

KHAIRAT KEMATIAN ialah sumbangan yang hanya diberikan kepada waris bekas penerima bantuan bulanan daripada Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Syarat-Syarat yang diperlukan bagi pengisian borang khairat kematian adalah seperti berikut:-

  • Arwah mestilah bekas penerima bantuan bulanan MAIK
  • Pemohon mestilah waris kepada arwah
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan sijil Kematian

*Borang Khairat Kematian juga boleh dimuat turun di sini atau boleh didapati di Tingkat 1, Bahagian Pentadbiran MAIK.

PUNGUTAN KHAIRAT / DERMA

Seksyen 67 (4) Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 memperuntukkan bahawa seseorang yang memungut atau menjalankan sebarang usaha memungut wang atau apa-apa derma untuk tujuan khairat dengan tiada kebenaran bertulis daripada MAIK atau cuai daripada memenuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh Majlis berhubung dengan perkara itu sebagaimana yang diperuntukan dalam enakmen ini, adalah bersalah atas satu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan mengikut Seksyen 128 iaitu dikenakan denda tidak melebihi RM 1,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya atau boleh dihukum dibawah Seksyen 129 iaitu denda tidak melebihi RM 4,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali dan mahkamah boleh memerintahkan mana-mana wang atau harta yang dikumpulkan itu diserahkan kepada Baitulmal.

Mana-mana orang atau kumpulan orang-orang memungut wang atau apa-apa pemberian kerana khairat bagi kepentingan Agama Islam atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut hukum Syarak.

SYARAT PUNGUTAN KHAIRAT / DERMA

  1. Mengisi borang permohonan kebenaran memungut derma khairat dengan lengkap
  2. Senarai Jawatankuasa Lembaga Pengelola (termasuk no kad pengenalan, alamat dan pekerjaan)
  3. Senarai nama-nama orang yang akan memungut derma (termasuk no kad pengenalan, alamat dan pekerjaan)
  4. Dua keping gambar berukuran passport setiap pemungut derma
  5. Sesalinan fotostat kad pengenalan setiap pemungut derma
  6. Kertas kerja projek
  7. Surat pengesahan tanah wakaf atau kebenaran pihak berkuasa berkenaan (sekiranya tanah adalah hak milik orang lain untuk diwakafkan perlu ada surat penyerahan yang telah dicop duti setem dan salinan geran tanah)
  8. Sesalinan fotostat buku akauan bank yang terkini
  9. Minit mesyuarat atau lain-lain surat sokongan
  10. Sesalinan fotostat pelan projek yang disahkan oleh arkitek yang bertauliah
  11. Surat kelulusan pembinaan/ubahsuai dari bahagian Pembangunan MAIK sekiranya masjid berkenaan adalah masjid mukim.

SYARAT MENYAMBUNG PUNGUTAN KHAIRAT / DERMA

  1. Surat permohonan untuk menyambung pungutan derma
  2. Penyata kira-kira kutipan terkini daripada bank atau yang disahkan oleh pemeriksa kira-kira Jawatankuasa yang dilantik
  3. Gambar-gambar projek yang telah siap dibuat berdasarkan kepada pungutan yang lepas
  4. Bukti pembelian barang-barang projek yang telah digunakan hasil kutipan yang lepas
  5. Kaki resit yang lepas.

 

Sistem e-Khairat ini dibangunkan oleh Jabatan Wakaf Zakat & Haji (JAWHAR) dan digunapakai oleh semua Majlis Islam Negeri (MAIN).Tujuan utama sistem dan portal ini adalah untuk kemudahan dan manfaat masyarakat supaya tidak tertipu dan tidak mensia-siakan sumbangan wang yang disedekahkan demi kepentingan agama, namun disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Orang ramai boleh membuat semakan di https://khairat.jawhar.gov.my/


 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2133
Kelmarin2347
Minggu Ini20960
Bulan Ini111134
Jumlah Pengunjung22995738