
-
Alamat Surat - Menyurat
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Kompleks Balai Islam, Lundang
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu, Kelantan -
Urusan Pejabat
Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu
Jalan Sultanah Zainab
15000 Kota Bharu, Kelantan -
Telefon : +6011-57862284
-
Emel : takmir [at] e-maik [dot] my
- e-Perkhidmatan : Sistem e-Takmir
Berikut adalah deskripsi tugas sebagai Guru Takmir :
- Mengajar mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh MAIK / JAKIM / Agensi yang berkaitan.
- Mengajar mengikut tempat dan masa berdasarkan jadual yang ditetapkan.
- Mengajar sekurang-kurangnya satu (1) jam untuk setiap sesi kelas pengajian.
- Memberi kerjasama dalam program dan latihan yang dianjurkan oleh MAIK /JAKIM / Agensi yang berkaitan. Memberi bimbingan dan nasihat kepada golongan sasaran.
-
Jawatan Guru Takmir di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terbuka kepada para ilmuan agama yang berminat
-
Permohonan Guru Takmir Negeri Kelantan akan diiklankan di Portal MAIK dan Sistem e-Takmir sekiranya terdapat kekosongan.
-
Pemohon yang berminat boleh mengisi Borang Permohonan Guru Takmir melalui pautan Sistem e-Takmir (https://etakmir.e-maik.my/IklanPenjawatan.aspx)
-
Borang yang telah diisi dengan lengkap melalui pautan di atas hendaklah dicetak, disahkan oleh Pegawai Agama Jajahan (PAJ) dan diserahkan kepada Penyelaras Pentadbiran Masjid Jajahan (PPMJ) di Masjid Jajahan.
-
Pemohon yang melepasi tapisan semasa sahaja akan dipanggil bagi menghadiri sesi temuduga.
-
Warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan tidak melebihi 70 tahun.
-
Mempunyai Tauliah Mengajar Agama MAIK Jenis 1 (Halaqah).
-
Mempunyai ilmu dan kemahiran untuk mengajar agama berlandaskan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah di masjid, surau serta agensi dalam bidang Feqah, Tauhid, Hadis, Sirah, Tafsir dan Tasawuf.
-
Status terkini bukan Guru Agama lantikan MAIK atau Guru Halaqat lantikan JAHEAIK dan bukan Guru Takmir di negeri lain.
-
Boleh memberi komitmen untuk mengikuti program-program dan kursus-kursus anjuran Unit Takmir, MAIK dan JAKIM.
-
Bersedia untuk ditempatkan di masjid, surau atau agensi dengan melepasi tapisan keselamatan agensi berkaitan.
-
Alamat Surat - Menyurat
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Kompleks Balai Islam, Lundang
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu, Kelantan -
Urusan Pejabat
Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu
Jalan Sultanah Zainab
15000 Kota Bharu, Kelantan -
Telefon : +6011-57862284
-
Emel : takmir [at] e-maik [dot] my
