faq lokasi aduan peta


PERKHIDMATAN

BANTUAN PENYELENGGARAAN MASJID

Majlis Agama Islam Dan Adat istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membantu menyalurkan sumbangan kepada rumah ibadat melalui beberapa kaedah seperti sumbangan kewangan. Jenis sumbangan yang dipertimbangkan oleh MAIK adalah seperti Permaidani / Karpet, Alat Siaraya Penyelenggaraan, Pembinaan Baru dan Pagar Kubur.

JENIS – JENIS BANTUAN PENYELENGGARAAN:

1. Masjid / Surau
2. Pondok / Tahfiz
3. Tanah Perkuburan Islam

KATEGORI MASJID:

  • Bandar / Jajahan
  • Mukim
  • Iktikaf
  • Surau
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN :
  • Permohonan ini hendaklah mendapat pengesahan status tanah Masjid / Surau.
  • Sertakan gambar perkara yang ingin diselenggara / dinaiktaraf dan gambar hadapan Masjid / Surau.
  • Bagi permohonan Permaidani / Karpet, pemohon hendaklah menyediakan ukuran keluasan ruang solat utama Masjid / Surau.
  • Sila sertakan 3 bulan penyata akaun bank terkini Masjid / Surau.
  • Bagi Masjid Bandar / Mukim jika kerja-kerja penyelenggaraan dan pembinaan melibatkan perubahan struktur / binaan baru perlu mendapat kebenaran MAIK terlebih dahulu.
  • Pihak Masjid / Surau hendaklah memaklumkan pengesahan pemasangan / kesempurnaan kerja dan menghantar laporan bergambar kepada pihak MAIK dalam masa 1 bulan daripada tarikh surat kelulusan.

MUAT TURUN BORANG DI SINI

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:

  • Tahfiz / Pondok hendaklah berdaftar dengan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
  • Sertakan gambar perkara yang ingin diselenggara / dinaiktaraf dan gambar hadapan Pondok / Tahfiz.
  • Bagi permohonan Permaidani / Karpet, pemohon hendaklah menyediakan ukuran keluasan ruang solat utama Pondok / Tahfiz.
  • Sila sertakan 3 bulan penyata akaun bank terkini Pondok / Tahfiz dan geran tanah / pelan yang menyatakan status tanah.
  • Pihak Pondok / Tahfiz hendaklah memaklumkan pengesahan pemasangan / kesempurnaan kerja dan menghantar laporan bergambar kepada pihak MAIK dalam masa 1 bulan daripada tarikh surat kelulusan.

MUAT TURUN BORANG DI SINI

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN :

  • Permohonan menyelenggara / menaiktaraf kubur hendaklah dibuat melalui Masjid Bandar / Mukim. 
  • Pemohon hendaklah menyediakan ukuran keluasan pagar tanah perkuburan.
  • Sertakan gambar perkara yang ingin diselenggara / dinaiktaraf dan gambar hadapan tanah perkuburan.
  • Sila sertakan 3 bulan penyata akaun bank terkini Kubur / Masjid dan geran tanah / pelan yang menyatakan status tanah. 
  • Pihak Masjid Mukim hendaklah memaklumkan pengesahan pemasangan / kesempurnaan kerja dan menghantar laporan bergambar kepada pihak MAIK dalam masa 1 bulan daripada tarikh surat kelulusan.

MUAT TURUN BORANG DI SINI

  • UNIT PENGURUSAN PROJEK
    Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
    Kompleks Balai Islam, Lundang
    Jalan Sultan Yahya Petra,
    15200 Kota Bharu, Kelantan

  • Telefon : +609 7481512

  • Faks : +609 7485512

  • Emel : pengurusanprojek@e-maik.my

  • Waktu Berurusan :
    Ahad hingga Rabu : 8.00 pagi - 5.00 petang
    Khamis : 8.00 pagi - 3.30 petang
    Jumaat & Sabtu : Cuti

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini3020
Kelmarin3511
Minggu Ini6531
Bulan Ini16635
Jumlah Pengunjung8183788